Thursday, 29 November 2012

seriously, i'm fall in LOVE wif PAINTBALL

hye semua kawan-kawan ndya..hehehhe..ndya tak tahu la berapa ramai orang yang tahu dan perasan yang ndya ada blog neh, ndya malaz sebenarnya nak post link blog ndya kat wall facebook(FB) sebab malu sebenarnya. ndya risau orang cakap ndya poyo..hehehe. so, bg sesiapa yang memang selalu stalker fb ndya tu tahu & perasan la, sebab ndya cuma publish link ni kat info jek..

anyway, kali ni ndya nak story pasal satu sukan ekstrem yang ndya kira sedang mendapat tempat di hati rakyat Malaysia sekarang iaitu PAINTBALL..(jenis woodsball)!! hari sabtu baru-baru ni Suksiz UUM telah mengadakan Suksiz Paintball Challenge sempena Suksiz Integration Challenge(SIC). so, kira Paintball ni sebenarnya memang saban tahun Suksiz buat, cuma tahun ni yang menariknya dia punya seting kat dalam hutan Sintok !! pada mulanya aku agak keberatan nak main, sebab malam tu tak tidor kot, then pagi tu cuma nak sign attendance sahaja. tapi bila fikir dah bayar kan, main je la sekali. menurut pengarah projek yang sangat berkaliber iaitu Faez Bee Pee, setiap orang akan dapat rasa sekurang-kurangnya 3 kali main. so, puas hati la kalu bayar pon. yuran dia RM 35 jekkk.. pada mulanya memang rasa agak mahal, tapi bila dah main, puas hati beb !!

then, aku pon ambil keputusan nak main. disebabkan aku adalah orang yang terakhir daftar, aku ni dicampakkan sahaja ke mana-mana team yang kekurangan orang. pada mulanya aku team 7, then diowang suwoh masuk team 20 plak. aku pon ikot je la.. selepas dengar taklimat tu, ada 2 round yang telah beradu tenaga. then, sampai gilran aku plak. masa mula-mula pakai mask tu .. ya Allah, hanya tuhan je tahu betapa berdebar dan gementarnya aku. team aku kena stay kat away, tapi boleh plak aku tersilap tempat sebab terlalu nervous aku pergi stay kat home. hahahhaha.. memang kena gelak la masa lalu kat penonton kat luar tu kannnn.. malu.. ~~ >.<


then, masa sampai kat home, kami kena cek dulu pistol, (paint marker) kemudian aku rasa topeng(google) aku agak longgar. masa, brother yang cek aku punya topeng tu betolkan topeng aku, dia tanya, "awat macam letih jek" sebab dia tengok aku beberapa kali macam tercungap-cungap & jantung aku berdegup sangat laju. aku pon jawab la aku takut & nervous. dia balas, " alah, bukan mati pon kena tembak". hehehheh..lawak plak ingat balik. then kitaorang pon mula, kumpulan aku memenangi kedua-dua perlawanan peringkat saringan dan menempatkan diri ke suku akhir. apa yang best kumpulan aku nih, ialah kami semua ni bukanlah dianggotai oleh orang-orang yang hebat-hebat tapi kerana strategi yang ktaorang buat. hehehhe.. aku selalu kena jadi mangsa kena tembakan bertubi-tubi, bagi menyebabkan pasukan lawan kehabisan peluru. so, aku memang kena selalu pergi kat bendera la. hehehhehe :P

apa pon, aku nak maen lagi kalau ada lagi peluang. dan kalau boleh nak sangat tengok tournament painball kat mana-mana pasnih.




pada peringkat suku akhir, team kami kalah lawan dengan team palapes (geng2 askar wtaniah). memang agak mencabar la jugak, tapi sikit je lagi nak menang sebenanrnya, team mereka pon tinggal 3 orang jek tak mati kalu tak silap, tapi tu la, pengalaman yang membezakan kami dan mereka. apa-apa enjoy sangattttttt.. tapi banyak kot lebam-lebam kena kat badan sebab tu suka ni EKSTREM kottttt.. :





U OUT !!!

fruzt betol kalau dengar ayat nih..hehehhe..

Sunday, 18 November 2012

Gaza diserang lagi

Sekarang semua orang tengah bersedih & simpati dengan apa yang sedang berlaku di Gaza Palestin. kalau tengok kat surat khabar, facebook, blog & juga twitter ramai yang melakukan kecaman & kutukan. Malangnya, kita sebagai umat Islam hanya mampu berdoa sahaja dari jauh sahaja tanpa mampu berbuat apa-apa. tapi sebenarnya DOA adalah kekuatan orang Islam. bagi aku, segala penindasan yang berlaku pada umat Islam sekarang ni adalah berpunca daripada umat Islam sendiri. 


inilah senjata orang Islam yang ditakuti Yahudi

Dan yang paling sedih adalah apabila Gaza diserang masa Maal Hijrah seolah-olah mencabar kewibawaan & sengaja mengundang kemarahan umat Islam. bukan itu sahaja, sebaik sahaja Barrack Obama menang dalam pilihanraya, Gaza sekali lagi menjadi mangsa kekejaman mereka. bagi aku, tiada bezanya Obama dengan Bush. nothing different, Bahkan aku rasa, zaman pemerintahan Obama ni lagi terok kekejaman yang dilakukan.. Astarfirullahazim.. betapa beratnya dugaan yang terpaksa dilalui oleh umat-umat Islam di sana. Sebab itulah, aku rasa sangat-snagt bertuah & bersyukur dilahirkan di bumi bertuah Malaysia. Janganlah negara ini digadaikan oleh orang-orang yang mementingkan diri, kuasa, pengaruh & wang semata-mata. 
*hate Pakatan Rakyat terutama PKR..!!







Ganjaran mati syahid

Rasulullah bersabda:

"Bagi orang yang mati syahid ada 6 keistimewaan iaitu:
  1. diampuni dosanya sejak mulai pertama darahnya meluncur keluar
  2. melihat tempatnya didalam surga
  3. dilindungi dari azab kubur
  4. dan terjamin keamanannya dari malapetaka besar
  5. merasakan kemanisan iman, dikahwinkan dengan bidadari,
  6. dan diperkenankan memeberikan syafa’at bagi 70 orang kerabatnya"
(Hadis Riwayat at-Tirmidzi, Ibnu Majah, dan Ahmad)






 Anyway, aku ucap TAHNIAH bagi mereka yang prihatin dengan isu-isu sebegini walaupon kita hidup dalam keadaan aman & makmur serta serba mewah, namun kita masih lagi tidak melupakan nasib-nasib saudara kita yang berperang pada jalan Allah. aku juga kadang-kadang merasa sangat lemah & hina kerana tidak mampu untuk jadi hamba-Nya yang kuat.. :'(




p/s: BANGGA JADI ANAK MALAYSIA.. ALLAHUAKBAR !!!!

Saturday, 17 November 2012

Baris..baris..Sedia..!!!



Huh ! baru balik dari ujian kawad & ujian undang-undang.. penat gilerrrr wa cakap sama lu.. tambah-tambah lagi platun A aku yang paling lambat habis jalani ujian memang penat la. bagi mereka yang memang biasa hidup dalam keluarga uniform tahulah betapa seksanya kawad. dengan panas terik, berpeluh-peluh, dengan membe-membe termasuk akulah, heheheheh, bagi order @ arahan yang salah.. itu semua memang mainan psikologi la kannnnnnn.. :P


Apa-apapon aku enjoy..!! kalau tak masakan aku sanggup amek KO-K lewat sampai 
semester TERAKHIR !!! yessss..!! that's me.. tapi ramailah jugak orang cakap, rugilah, sebab tak boleh nak relaks pada sem2 terakhir.. tapi bagi aku 1 ja di mana aku percaya sebelum aku menjejaki diri ke IPTA, yang kalau boleh aku tak nak lepaskan semua peluang yang aku minat & cungkil segala bakat & kebolehan diri. lagipon aku memang dari sekolah lagi aktif dengan kawad-kawad semua ni.. so, agak rugilah kalau aku tinggalkan macam tu je kannn..& 1 lagi, daripada aku dok relax jek dalam bilik better aku join benda-benda camni time weekend kan, ada jugak pekdahnya. 

cuba cari mana aku?? :P


Anyway, aku tak bercadang pon nak bekerja @ berkhidmat dengan mana-mana pasukan uniform sebab aku rasa agak terbatas nak explore my life kalau kerja macam tu. yelah, lazimnya kerja shif, memang susahlah. namun aku respect orang-orang yang kerja uniform neh, nampak smart, kemas & ada karisma.. tak gitu?? eceh !!


smart tak?? heheheh :P

Kalau korang semua nak tahu, 28.12.2012 ni adalah tarikh tamat latihan adik aku yang kedua sebagai konstabel polis kat Pulapol Langkawi. so, i wish dia majulah hendaknya. adik aku yang ketiga plak memang aktif sangat dengan kadet polis sampai menang Petandingan Kawad peringkat Kebangsaan. i'm proud of both of you.. aku biasa-biasa jek dalam Kor Sukarelawan Polis(Suksis UUM) . adik-beradik polis. hehehhe. yang bongsu je tak tahu lagi macam mana sebab baru darjah 2. ntah la, padahal abah aku bukan polis pon.. heehhehe. 

Lastly, aku banyak gler REPORT PRAKTIKUM nak kena setel, harap dapat siap jugak.. !! DOAKAN NADYA OK.. amin.. LEBIU ALL.. ^_^



POLIS SEDIA BERKHIDMAT!! TABIK.. !! ^_^

Friday, 16 November 2012

Haram tapi SUCI

hurm,..ntah kenapa arini aku nak update pasal anak luar nikah atau ada juga yang panggil anak haram.
anak luar nikah bermaksud anak yang dilahirkan tanpa sebarang ikatan yang halal @ ijab kabul dilakukan oleh kedua-dua belah pihak.

baru-baru ni kita semua dikejutkan apabila bayi perempuan cukup sifat dicampakkan dari tingkat 3 dari sebuah apartmen 11 tingkat di Desa Mentari di Kuala Lumpur.  selepas itu, kita digemparkan lagi dengan penemuan bayi wanita di dalam sungai di Simpang Empat Kangar Perlis oleh seorang pelajar agama dan seorang sepupu serta teman lelakinya. sedih bukan?! 

sebagai manusia biasa yang memang kita tak boleh lari dari perasaan sedih, geram, dan marah terhadap si perlaku. kita akan tertanya-tanya mengapa mereka tergamak melakukan hal sedemikan. mesti kita pelik, anak kucing pon kita kesian nak buang cmtu, inikan pula manusia @ seorang bayi yang sudah cukup sifat. jadi pelbagai kutukan , kecaman dan juga spekulasi yang kita buat untuk melepaskan amarah kita terhadap si perlaku. yang mana kadang-kadang kita pula menjadi HAKIM tak bertauliah bagi si pelaku.

wahai rakan-rakan yang saya muliakan,
pernah tak kita terfikir, atau bertanya pada ibu kita apakah perasaan kita masa mereka mula-mula melahirkan kita ke dunia ni. sudah tentu bahagia bukan? mereka akan merasakan bahawa kita adalah anugerah terbesar bagi mereka. namun, bagi ibu-ibu yang melahirkan anak luar nikah, tipulah kalau kita cakap mereka tidak ada langsung rasa belas kahsian terhadap baby-baby comel tersebut. kerana mereka juga manusia biasa seperti kita. pernah kita cuba selami hati mereka mengapa mereka TERGAMAK melakukan hal-hal yang sedemikian?? sebenarnya, masa baby comel mereka dilahirkan, hanyalah wajah-wajah mereka sayangi yang terpampang di wajah baby comel tersebut termasuklah wajah lelaki yang tidak bertanggungjawab. mereka akan memikirkan wajah mak abah, adik-beradik, saudara-mara , jiran, serta kawan-kawan mereka. di dalam lubuk hati mereka, beribu persoalan yang mungkin membelenggu diri mereka, apakah bayi ini akan diterima oleh masyarakat?? kat mana mereka nak letak muka mereka? bagaimana mereka mahu hidup? mana lelaki yang dulunya bersumpah setia akan hidup semati dulu? mana lelaki yang telah menbur benih itu? mana?

itu belum lagi kita cakap sola gangguan psikologi dan fisiologi yang dialami oleh ibu-ibu selepas melahirkan bayi. tidak kisahlah samada ibu anak luar nikah @ tidak. sedangkan ibu-ibu yang punya lelaki pon boleh mengalami masalah gila meroyan, inikan pula ibu yang tidak punya sapa-sapa.

bukan itu sahaja, aku kira sudah tiba masanya kerajaan menguatkuasakan undang-undang untuk menghukum si lelaki pula. adalah tidak adil kita menghukum si penabur benih selain penuai. ia juga akan mendidik mereka supaya menjadi manusia yang bertanggungjawab. kerana mereka adalah pemimpin. ingatlah hidup ini umpama roda, kalau hari ini kita buat kat orang, esok lusa akan kena balik kat kita. begitu juga dengan ibu bapa yang punya anak lelaki, janganlah terlalu angkuh membiarkan anak lelaki mereka terus-terusan merosakkan anak dara orang lain. ia seperti kita melakukan kezaliman terhadap saudara kita sendiri. paksalah mereka BERKAHWIN.




http://sozcyili.blogspot.com/2011/09/anak-luar-nikah-boleh-di-bin-dan-di.html

p/s: apa-apa pon yang salah tetap salah..


Firman Allah:
“Sesungguhnya taubat di sisi Allah hanyalah taubat orang-orang yang mengerjakan kejahatan lantaran kebodohan, kemudian mereka bertaubat dengen segera, maka taubat mereka itulah yang diterima oleh Allah dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.”
(An-Nisa’: 17)


Allah berfirman:
“Sesungguhnya Allah menyesatkan siapa yang dia Kehendaki dan memberi petunjuk orang yang bertaubat kepada-Nya.”
(Ar-Ra’d: 27)

pabila seorang bayi perempuan yang cukup sifat dicampak dari tingkat tiga sebuah apartmen 11 tingkat ke kawasan tempat letak kereta Blok 1, Apartmen Desa Mentari

Read more: http://www.enciknakal.com/2012/09/kejam-buang-bayi-dari-tingkat-3-flat.html#ixzz2COZLdk9A
pabila seorang bayi perempuan yang cukup sifat dicampak dari tingkat tiga sebuah apartmen 11 tingkat ke kawasan tempat letak kereta Blok 1, Apartmen Desa Mentari

Read more: http://www.enciknakal.com/2012/09/kejam-buang-bayi-dari-tingkat-3-flat.html#ixzz2COZLdk9A