hurmm..dah lama rasanya ndya tak entry status pasal diri sendiri..bukan apa,ndya sibuk sangat-sangat.. tambah-tambah lagi, inilah semester yang terakhir yang ndya nak cover banyak benda dan perkara-perkara yang ndya xbuat sebelum ni..yelah, agak leka dengan dunia..;(
pejam celik pejam celik dan 6 sem dah ndya 'mengabdikan' diri sebagai seorang pelajar di bumi Sintok UUM ni.. banyak suka duka yang ndya tempuh, pahit manis, susah senang, perit jerih, gembira tangis, hampir semua perasaan yang ndya dapat rasa sepanjang menetap di sini. tanyalah apa jua pengalaman, insyaAllah ndya dapat ceritakan.. kat sinilah sebenarnya tapak untuk kita kenal dunia sebenar. Benar! kat sinilah baru kita kenal hati budi orang, kat sinilah baru kita kenal langit itu tinggi atau rendah, kat sini jugaklah kita dapat nilai diri kita sebenarnya..
hidop ndya kat sini memang jauh dari family..Ya, jauh..sebab ndya memang jarang balik rumah, walaupun rumah ndya sangatlah dekat berbanding student-student lain. even, cuti semester pon, ndya mesti dapat stay sekejap je kat rumah.. mak abah ndya pon kadang-kadang pelik jugak pada mulanya, tapi lama-kelamaan mereka faham..hanya telefonlah yang menjadi penghubung antara kami. diorang memang selalu call ndya, tambah-tambah lagi mak ndya, ada jek cerita yang dia nak sampaikan..^_^
ndya kat sini memang selalu keseorangan.. sebab tu janganlah terkejut atau merasa pelik kalau nampak ndya sorang-sorang je pergi makan, pergi mall, pergi kelas atau mana-mana la.. bahkan pergi aloq staq dan cangloon pon ndya selalu pergi sorang.. ntah laa, bagi ndya senang dan dah terbiasa hidup cmtu kottt.. patotlaa, mak abah ndya sangat menitik beratkan sifat BERDIKARI dari ndya kecil lagi, sebab sifat inilah yang menjadikan ndya tak terlalu bergantung dekat orang, walaupun kadang-kadang ndya rasa amat susah untuk bergerak sendiri. sifat inilah yang menjadikan ndya tidak jatuh tersungkur semasa menjalani liku-liku hidup di sini.
yelah, main dengan manusia ni, ada yang ok, ada yang tidak. kadang-kadang orang yang kita harapkan untuk bersama kita masa susah, tiada pon memunculkan diri, tapi orang yang tidak disangka-sangka pula datang menghulurkan tangan.. syukur Alhamdulilah..
kalau nak cerita pengalaman manis dan gembira, terlalu banyak ndya kira untuk diceritakan.. tambah-tambah lagi kalau berkumpul dengan budak-budak UCAP. seriusly, kalau berkumpul bersama mereka memang hepy sangat-sangat. hilang habis semua masalah. sebab tu lah, ndya sayang nak tinggal kelab ni. nadya rasa macam nak tambah lagi semester ndya sebab memang sayang sangat-sangat nak tinggalkan korang!!!! love3!! ^_~
tapi kalau diingatkan kembali pengalaman pahit, rasanya seperti mahu sahaja ndya cepat-cepat melangkah kaki keluar dari bumi Sintok ni, mahu sahaja ndya cepat-cepat grad..huh!! kadang-kadang dah tak sanggup lagi rasanya nak melalui semua ini. Ya! ramai yang cakap dan tengok, ndya ni nampak macam biasa dan hepy jek, tapi dalam hati hanya tuhan sahaja yang tahu.. kadang-kadang aku terpaksa makan hati dengan sikap kawan-kawan, aku terpaksa melupakan perbuatan jahat orang-orang tertentu padaku, aku terpaksa menidakkan perasaan dan kepentingan diri sendiri. ntahlaaa, mungkin kata-kata mak ndya yang kuat ndya pegang dari sekolah sampai sekarang iaitu.. "ndya, kalau orang ada kutuk-kutuk mu ke atau cakap benda-benda kat mu, mu diam je lah, xpayahlah nak balaz balik, bukan sakit pon.. biarlah orang buat jahat kat kita, jangan kita buat kat orang..". :/
hurmmm, ntahlah..tapi itulah manusia, kalau kita buat baik, pijak kepala..betul tak?? tak mengapalah, i just go wif da flow..
p/s: apa juga perkara yang pahit berlaku dalam diri ndya, ndya anggap itu semua ujian Allah dan pengalaman yang harus ndya tempuhi untuk mempersiapkan ndya pada hari-hari mendatang..
-positif terhadap apa yang berlaku, memaafkan orang dan berlapang dada.. insyaAllah.. ^_^
Tithi's Titanium dioxide in food - TitaniumArt
ReplyDeleteTithi's Titanium titanium security dioxide in food. babyliss pro nano titanium curling iron Tithi's Titanium dioxide is the compound compound used in spicy foods and beverages. It is widely used as an ingredient in chi titanium flat irons many trekz titanium foods and $3.50 · In titanium white fennec stock