Monday, 2 April 2012

PINTAKU

aku tak tahu apa masalah kamu
berhentilah menganggu diri ini, 
berhentilah cuba menyakiti diri ini,
aku tahu kamu semua sudah menang,
sudah! aku dah malas nak melayan perkara-perkara yang membebankan,
biarkan aku hidup seperti insan lain,
kamu juga yang menyuruh aku pergi dulu,
bukan aku,
sekarang aku sudah pergi jauh,
aku juga harap kamu tak akan memunculkan diri,
sudah-sudahlah,
cukuplah selama ini,
jangan biarkan api ini membara lagi,
kerana bukan senang aku hendak sampai ke tahap sejuk dan beku begini,
pelbagai suhu telah aku alami,
sudah! tolong pergi dari hidup ini,
lupakan apa yang berlaku,
hentilah menyebut namaku pada sesiapa,
mereka tidak mengetahui apa pun,
aku sudah rimas! aku sudah malas!
nak melayan perkara-perkara yang lepas,
biarlah aku begini,
menjalani hari-hariku dengan penuh sederhana,
tidak terlalu gembira dan tidak terlalu sedih,
aku suka begini,
biarkan aku berbahagia dan berkawan dengan sesiapa sahaja,
begitu juga kamu,
sudah-sudahlah,
usah mencari kekhilafan diri ini,
izinkan aku bernafas,
aku sudah tak sanggup macam dulu lagi..
berikan kebahagiaan itu kepadaku dengan tidak mempedulikanku lagi,
itu sahaja yang aku pinta..>.<





p/s: BIARKAN AKU BEGINI...


No comments:

Post a Comment