Friday 30 March 2012

Hijrah bukan mudah

Andai diri terasa lemah di perjalanan hijrahmu, sendirian tiada mampu
Mohonlah pada ALLAH
Hijrah memang susah, hijrah memang payah
Tetapi di hujungnya ada hasanah, iaitu jannah
InsyaALLAH

Perubahan sememangnya menuntut air mata yang bukan sedikit
Sememangnya juga, kadang-kadang kita akan jatuh
Terasa kembali ke zaman gelap
Terasa bagai tiada apa-apa yang berubah dalam hidup kita
Tetapi ingatlah
Kita manusia yang bukan maksum
Kita hamba ALLAH yang biasa-biasa
Walaupun di hati ingin sekali menjadi luar biasa di mata ALLAH

Kerana kita bukan maksum
Iman kita terkadang tinggi menggunung mencecah langit
Dan terkadang iman jatuh terjunam tak bersisa
Namun
Bukan maksum itu bukan alas an untuk tidak bangkit

Allahuakbar !
ALLAH yang datangkan ujian dan kepada ALLAH kembali segalanya .
Allah Maha Mengetahui .

♥ Lailahaillallah Muhammadur Rasulullah ♥

♥ Muhasabah sendiri itu perlu , mengajak orang lain bermuhasabah itu harussss.♥
 
kredit to: http://www.facebook.com/photo.php?fbid=352288271474925&set=pu.214634758573611&type=1

Thursday 29 March 2012

BAIT-BAIT CINTA



 

 ~✿>> GADIS/TERUNA :

JANGAN PELIK dan SEDIH jika pasanganmu MENINGGALKANMU demi ORANG BARU, kerana dia sendiripun SANGGUP MENINGGALKAN TUHANNYA demi kamu dahulu..

Betapa banyakpun lafaz cintanya di bibir, akhirnya HANCUR BINASA angkara MUNGKIR..jika kamu di hatinya kini telah jauh terpinggir, namun Tuhannya terdahulu lagi telah lama TERSINGKIR..

KEGEMBIRAANNYA kini dengan orang baru hanya TENGGELAM DALAM ALPA, sedang KESEDIHANMU kini kerana Tuhan mahu MENYEDARKAN KAMU DARI ALPA..

p/s : BERSYUKURLAH..♥♥



~✿>>Kita belajar untuk melepaskan seseorang yang amat bermakna di dalam hidup kita perlahan².. Dengan kekuatan yang ada, kita masih lagi mampu tersenyum indah menutup kesedihan di hati.. Kita belajar untuk hidup keseorangan namun kesepian itu kadang² membuatkan kita kosong di dalam meniti hari.. Namun apa yang kita tahu, dia tetap pernah bertahta di hati walaupun kita sedang memaksa diri belajar melupakannya.

yakinlah dengan janji Allah, dia telah menciptakan seorang yang terbaik untuk kita. maka, bersabarlah menunggu jodohmu sahabat. :)

~✿>>Di waktu kamu ingin melepaskan seseorang, ingatlah pada saat kamu ingin mendapatkannya
Di waktu kamu mulai tidak mencintainya, ingatlah saat pertama kamu jatuh cinta padanya
Di waktu kamu mulai bosan dengannya, ingatlah selalu saat terindah bersamanya... ☑

 ~✿>> Cinta bukan milik kita…setiap PERPISAHAN tidak sia-sia, tidak perlu bersedih lama kerana cinta itu MILIK Allah..hari ini Dia tarik rasa cinta dari hati pasangan kamu sehingga tawar hatinya..kerana, mungkin esok atau lusa Dia campakkan rasa cinta yang LEBIH SEGAR dalam hati si dia yang SETEPATNYA untuk kamu..semalam kamu berjalan dengan tidak cermat dan TIDAK BERHATI-HATI..hari ini dan esok, bak kata Saiyidina Umar:
“..WASPADALAH jangan terpijak atau memijak onak dan duri..”

>>> Jangan kamu kutip lagi serpihan kaca..SABARLAH hingga kau temukan permata…(◕‿◕)

-H.A-http://www.facebook.com/photo.php?fbid=269150273156011&set=a.153582048046168.40241.153578388046534&type=1

 ~✿..Jika kamu merasa SUNYI TIADA TEMAN, INGATLAH Allah sentiasa ada bersamamu..BERKOMUNIKASILAH denganNya, MENGADULAH hanya padaNya..✿~

“Ketahuilah bahawa dengan MENGINGATI Allah itu hati akan TENANG..”
(13:28)

>>> Ketika dirimu berasa KESEPIAN, jangan dikatakan "AKU SUNYI"..tetapi katakanlah pada diri, DI SISIKU sentiasa ada PEMERHATI..♥♥

-H.A-




♥ ♥ Banyak meluahkan perasaan kepada Tuhan,kita kurang mendapat jawapan tetapi banyak mendapat ketenangan.
Banyak meluahkan perasaan kepada manusia,kita banyak mendapat jawapan tetapi semakin kurang beroleh ketenangan. ♥ ♥

~ Pilihlah antara sujud di hamparan sejadah ataupun dinding catatan...
Jumu'ah mubarakah insyaAllah ~

 ~✿>>YA ALLAH,
jika AKU BUKAN PEMILIK TULANG RUSUKNYA, jangan biarkan AKU MERINDUKAN KEHADIRANNYA, jangan biarkan AKU MELABUHKAN HATIKU DIHATINYA, KIKISLAH PESONANYA dari PELUPUK MATAKU dan JAUHKANLAH DIA dari RELUNG HATIKU.
AMIN !!

~✿>>Allah swt:maksudnya,"Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedekit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar." (Surah al-Baqarah:155) tenang.....

 ~✿>>Rasulullah bersabda : " Barang siapa diantara remaja berkahwin dalam usia muda, maka menangis lah syaitan. Dan ia (syaitan) mengeluh : Aduh celaka aku, agamanya telah terpelihara dari godaanku. " - HR . Ibnu 'Addi -


~✿>> Allah menguji kita dengan sesuatu yang sangat kita sayang, kita diberi cubaan dengan kehilangan, Allah menguji kita dengan sebuah impian yang amat kita harapkan, kita terduduk berlinang airmata saat impian kecundang, sesungguh Dia lah pemberi segala, kerana segalanya kepunyaanNya. saat ditariknya nikmat yang ada, Dia sedang mengaturkan untukmu sesuatu yang lebih berharga. jangan bersedih, dunia ini tidak selayaknya ditangisi.

 ~✿>>..carilah LELAKI yang mampu menjadi IMAM untuk KAMU..yg MENITISKAN AIR MATANYA apabila MELIHAT KESAKITAN KAMU KETIKA MELAHIRKAN ZURIATNYA..
dan LELAKI yang MEMBANGUNKAN KAMU untuk BERIBADAT BERSAMA - SAMA DI SEPERTIGA MALAM..JIKA PENCARIAN ITU TELAH KAMU TEMUI , JANGAN LUPA BERSYUKUR KEPADA-NYA..jadilah, PERMAISURI HATINYA , PENEMAN DIKALA SUKA dan DUKA, PENGUBAT RINDU dan LARA....



 ___ *♥* ______*♥* ciNta tAKkan dAtaNg
_*♥*__ *♥*_*♥*__*♥* jiKa mEnungGu oRang yAnG sEMpurna
*♥*_____*♥* ______*♥* tApi ciNta aKan daTang
*♥*_______________♥* jiKa daPat mEneRima
_*♥*____________*♥* kEtiDaksEmpuRnaan sEsEoRang
___*♥*________*♥* dAn mEnciNtainya
_____*♥*___*♥* deNgan cAra yAng Sempurna
_______*♥*♥* — iTuLah CINTA.... ;)







(ayat kat atas ni semua ndya copy, ada yg ndya bg link, ada yg x tu sbb xingat ndya amek ktna ayat2 tu..moga kita semua dapat manfaat dari ayat-ayat kat atas..^_^)

Friday 23 March 2012

LIKU-LIKU AKU

hurmm..dah lama rasanya ndya tak entry status pasal diri sendiri..bukan apa,ndya sibuk sangat-sangat.. tambah-tambah lagi, inilah semester yang terakhir yang ndya nak cover banyak benda dan perkara-perkara yang ndya xbuat sebelum ni..yelah, agak leka dengan dunia..;(



pejam celik pejam celik dan 6 sem dah ndya 'mengabdikan' diri sebagai seorang pelajar di bumi Sintok UUM ni.. banyak suka duka yang ndya tempuh, pahit manis, susah senang, perit jerih, gembira tangis, hampir semua perasaan yang ndya dapat rasa sepanjang menetap di sini. tanyalah apa jua pengalaman, insyaAllah ndya dapat ceritakan.. kat sinilah sebenarnya tapak untuk kita kenal dunia sebenar. Benar! kat sinilah baru kita kenal hati budi orang, kat sinilah baru kita kenal langit itu tinggi atau rendah, kat sini jugaklah kita dapat nilai diri kita sebenarnya..


hidop ndya kat sini memang jauh dari family..Ya, jauh..sebab ndya memang jarang balik rumah, walaupun rumah ndya sangatlah dekat berbanding student-student lain. even, cuti semester pon, ndya mesti dapat stay sekejap je kat rumah.. mak abah ndya pon kadang-kadang pelik jugak pada mulanya, tapi lama-kelamaan mereka faham..hanya telefonlah yang menjadi penghubung antara kami. diorang memang selalu call ndya, tambah-tambah lagi mak ndya, ada jek cerita yang dia nak sampaikan..^_^




ndya kat sini memang selalu keseorangan.. sebab tu janganlah terkejut atau merasa pelik kalau nampak ndya sorang-sorang je pergi makan, pergi mall, pergi kelas atau mana-mana la.. bahkan pergi aloq staq dan cangloon pon ndya selalu pergi sorang.. ntah laa, bagi ndya senang dan dah terbiasa hidup cmtu kottt.. patotlaa, mak abah ndya sangat menitik beratkan sifat BERDIKARI dari ndya kecil lagi, sebab sifat inilah yang menjadikan ndya tak terlalu bergantung dekat orang, walaupun kadang-kadang ndya rasa amat susah untuk bergerak sendiri. sifat inilah yang menjadikan ndya tidak jatuh tersungkur semasa menjalani liku-liku hidup di sini.


yelah, main dengan manusia ni, ada yang ok, ada yang tidak. kadang-kadang orang yang kita harapkan untuk bersama kita masa susah, tiada pon memunculkan diri, tapi orang yang tidak disangka-sangka pula datang menghulurkan tangan.. syukur Alhamdulilah..

kalau nak cerita pengalaman manis dan gembira, terlalu banyak ndya kira untuk diceritakan.. tambah-tambah lagi kalau berkumpul dengan budak-budak UCAP. seriusly, kalau berkumpul bersama mereka memang hepy sangat-sangat. hilang habis semua masalah. sebab tu lah, ndya sayang nak tinggal kelab ni. nadya rasa macam nak tambah lagi semester ndya sebab memang sayang sangat-sangat nak tinggalkan korang!!!! love3!! ^_~

tapi kalau diingatkan kembali pengalaman pahit, rasanya seperti mahu sahaja ndya cepat-cepat melangkah kaki keluar dari bumi Sintok ni, mahu sahaja ndya cepat-cepat grad..huh!! kadang-kadang dah tak sanggup lagi rasanya nak melalui semua ini. Ya! ramai yang cakap dan tengok, ndya ni nampak macam biasa dan hepy jek, tapi dalam hati hanya tuhan sahaja yang tahu.. kadang-kadang aku terpaksa makan hati dengan sikap kawan-kawan, aku terpaksa melupakan perbuatan jahat orang-orang tertentu padaku, aku terpaksa menidakkan perasaan dan kepentingan diri sendiri. ntahlaaa, mungkin kata-kata mak ndya yang kuat ndya pegang dari sekolah sampai sekarang iaitu.. "ndya, kalau orang ada kutuk-kutuk mu ke atau cakap benda-benda kat mu, mu diam je lah, xpayahlah nak balaz balik, bukan sakit pon.. biarlah orang buat jahat kat kita, jangan kita buat kat orang..". :/



hurmmm, ntahlah..tapi itulah manusia, kalau kita buat baik, pijak kepala..betul tak?? tak mengapalah, i just go wif da flow..


p/s: apa juga perkara yang pahit berlaku dalam diri ndya, ndya anggap itu semua ujian Allah dan pengalaman yang harus ndya tempuhi untuk mempersiapkan ndya pada hari-hari mendatang.. 
-positif terhadap apa yang berlaku, memaafkan orang dan berlapang dada.. insyaAllah.. ^_^


Tuesday 20 March 2012

TAGIH IHSAN...>

Sebuah Renungan..

Usahlah kau menagih belas kasihan dari manusia,
kerana belas kasihannya sekejap sekejap saja.

Bila kau sebatang kara dan menangis,
mungkin manusia akan mendengar keluhanmu,
tapi sekejap sekejap saja.

Mereka akan bosan pada satu ketika,
kerana itulah tabiat manusia.
Lebih parah bila kau di uji si muka-muka
yang gelumang nifaq dan cinta dunia

Kecuali mereka yang telah dikurniakan Allah
rahmat pada jiwa-jiwanya. (Quran, 12:53)

Palingkan wajahmu hanya kepada Dia -
yang lebih dekat dari urat lehermu,
yang lebih Menyayangi dan Mengasihanimu..

Walaupun kau sering saja lupa taat,
sujud dan bersyukur di atas segala nikmat,
yang telah zahir kepadamu dan yang tidak terlihat,
bahkan kau selalu saja derhaka dan bermaksiat.

Jika sedikit ditarik nikmat-Nya,
kau pasti terduduk, ternganga.

Tiada manusia yang terlalu gagah untuk hidup tanpa Allah.
Jangan kau zalimi diri.. jangan kau berulah,
jangan kau zalimi orang yang lemah,
kerana Yang Membalas dan Membelanya adalah Allah.
Al-Jabbar, Yang Maha Gagah

Bila sakit, ingat.
Bila suka, lupa.

Sedarlah,Malulah,Beradablah kepada Allah.
Sebelum berakhir perjanjian,antara jasad dan jiwa.’

Duhai Tuhan Pemilik Arasy yang Agung,
kepada-Mu kuserah jiwa dan raga,
Apa yang telah Kau tetapkan sebagai anugerah,
akan tetap sebagai anugerah.
Tanpa-Mu aku kan hilang segala-galanya.
Pandangan Kasih dan Rahmat-Mu, yang kurayu dan kudamba,
sehingga ke penghujung nyawa.

 
 
P/S:Memandang dia, kita pun ingat pada-Nya. Dan cinta pada Sang Pencipta, yang menjadikan kita sebagaimana adanya, semakin membening. Subhanallah, Maha Besar Engkau ya Rabbi, yang telah memberi anugerah pertemuan ini. Rahmatilah jiwa-jiwa kami, sebagaimana Engkau rahmati jiwa-jiwa yang muthma’inah. Kekalkanlah persaudaraan kami, dalam mulianya budi pekerti dan murninya ikhlas – fi sabilillah.. sehingga ke syurga-Mu, selamanya. (Amin ya Allah)
http://www.facebook.com/Dalam.Hati.Ada.Iman?sk=wall 

Saturday 10 March 2012

ME IN YELLOW!!

gambar-gambar ni semua nadya ambil masa on the way ke Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu di Pusat Konvensyen Putrajaya. ndya agak suka la gambar-gambar dalam ni mungkin sebab ndya sebelom ni jarang @ tak pernah kot pakai baju warna kuning yang menyala-nyala cmtu..hehehehe.. then 1 lagi, ndya 1st time kot pakai skirt..tak tahulah molek atau tak kat mata orang..huhu. coz ndya pon tak confident gak nak pakai cmtu pada mulanya..tapi, pujuk jugak hati dan rasionalkan diri..yeah!!



cantek gler tempat dia..nanti nak datang lagi kat sini..!!


tak sempat nak mandi kolam kat belakang tu...;(


suka la pegang kipas tu..sweet!!!:P



kelakar tak nadya pakai kain??(".)


ada orang cakap kami berdua ni macam kembar..:P


ma bezt fwenz which i'm really jealous..love u!!^_^

aku gemok!!okeyyyyy..:/

nadya suka gambar nehhhhh!!!! love3!!!!^_^

TAHUKAH ANDA-
*nadya dah makin suka warna kuning..
*Malaysia telah menjuarai PABM kategori nusantara..
*seronok..^_^

maen mekap-mekap

pada 3 Mac 2012 bersamaan hari sabtu malam. nadya n the geng telah membuat aktiviti untuk maen mekap-mekap..benda ni memang dah lama kami rancang, dari masa cuti sem lagi, tp atas komitmen lain yang begitu banyak, bertangguh la aktiviti tu.. pada mulanya, malam tu nadya ingat nk cancel dah, sebab ndya letih gler kot balik dari SUKSIZ then petang tu, mak dan abah ndya datang UUM. tp ndya gagahkan jugak pergi ke DPP Bank Muamalat dari DPP Tradewinds, sebab kang bertangguh kang, sampai bila-bila pon tak buat.. sebenarnya, masa cuti aritu ndya rancang maen mekap-mekap dan masak-masak, tapi baru sempat maen mekap-mekap dulu, aktiviti masak-masak akan datang yek,tunggu masa free sket!!! LET'S ENJOY DA PIC..^_^


bersepah betul!!!:P


ni ndya yg mekap dia, dan dibantu oleh mekma,cun x mata dia..^_~

hasil dari ma bezt fwenzz shima a.k.a mekma..:P


hasil keje my baby fwenz hazirah a.k.a budak bucukkkk!!!!:P
wan ni jarang tau mekap, tapi aritu dia di mekapkan, memang cantek glerrrrrrr, seyez!! cemburu ndya tengok... uwaaaaaaaaa!!!!!xaci3!!!:/


cantek kamooooooooooo..nak cium!!! mmmuaahhhhhhh3!!! love3 ^_~




2-2 tak comey...huh!!wekkkkk^_^

inilah hasilnyaaa..ahakz!!!^_^


nadya paling huduh!!!hahahhahahah
(abaikan gambar belakang tu>.<)

TAHUKAH ANDA-
*masa ni wan zaliha(yg pakai tudung purple tu tengah sakit gigi, sebab tu pipi dia nampak bengkak sikit..tu laaa, banyak sangat makan coklat 'Langkawi'..hehehehhehe;)
*yang pakai tudung kelabu tu, kawan ndya paling manja taw!!!ndya suka kacau dia..ahakz!!
*gambar mak andam a.k.a mekma tiada lam ni, sebab dia free hair masa neh, so, diharamkan masok page ni..huhuhu. sowi sayanggggggg..
*ramai kawan nadya sentap, nadya tak ajak diorang..sowi laaa, ndya bukan tak nak ajak, cuma ni baru percubaan maen mekap-mekap..nanti kalau ada masa lagi, kita maen ramai-ramai tau sayang2 semua!!!!! I LOVE UOLZZ!!MMMUAHHHHHHHHH^_^

Monday 5 March 2012

JANGAN dalam Islam





- JANGAN tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki Mahal kerana berpagi-pagi itu membuka pintu Berkat.
- JANGAN makan tanpa membaca BISMILLAH dan DOA makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.
-JANGAN tambah perhiasan di badan kerana Allah sudah jadikan Manusia Makhluk yang paling Sempurna
- JANGAN keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.Takut-takut kita mati dalam perjalanan.
- JANGAN pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan.Makruh dan mewarisi kepapaan.
- JANGAN biarkan Mata liar di perjalanan.. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
- JANGAN menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
- JANGAN ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang Kita bersalah.
- JANGAN mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan Kita hilang bahagia.
- JANGAN lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja Kita. Nanti Kita sombong apabila berjaya.Kalau gagal kecewa pula.
- JANGAN bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki Kita.
- JANGAN banyak ketawa. Nanti mati jiwa.
- JANGAN biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada Kita.
- JANGAN suka menganiaya manusia atau haiwan.. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.
- JANGAN terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.
 




p/s- JANGAN mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan Kita..^_^