Friday 15 June 2012

awak permata

mula-mula kita kenal masa saya nak pergi kelas,
awak duduk bawah bilik saya,
tapi kita tak pernah bertegur, 
saya hanya tegur kawan awak sahaja..
yelah, pada mulanya saya rasa malu nak tegur awak,
rasa tak layak,
rasa rendah diri nak tegur atau beramah mesra dengan orang macam awak..

awak sangat sempurna bagi saya,
semua ciri-ciri wanita idaman ada pada awak..
awak bijak, 
awak sopan,
awak lemah-lembut,
kata-kata awak sangat memikat,
awak sangat sederhana,
awak alim,
satu perkara yang paling saya 'adore' pada awak adalah awak sangat
rendah diri walaupun awak cantik sangat..
awak tak pernah nak tunjuk kecantikan awak seperti wanita-wanita lain selalu buat.

saya akui saya pernah rasa cemburu tengok awak,
dalam hati ini, selalu rasa serba kekurangan bila lihat awak,
awak bukan sahaja umpama permata bagi lelaki,
 tetapi juga bagi saya..

saya teringin nak jadi macam awak,
awak sangat menjaga aurat,
batas pergaulan telah lagi..
cinta yang disemai dan disetia hanya satu, 
saya susah nak tengok awak marah,
sebab itu saya suka kacau awak..


terima kasih awak sebab sudi kawan dengan saya,
walaupun perangai, akhlak dan sikap kita jauh beza,
tapi awak masih sudi kawan dengan saya,
awak tak pernah buat saya sakit hati, 
kalaupun ada, saya akan pujuk hati kata itu salah saya..

saya suka bila awak sudi dengar cerita saya,
awak tak pecah,
awak tak aib,
awak setia,
walau kadang-kadang mungkin awak jemu..
dengar cerita-cerita saya..

saya rasa selamat duduk dengan awak,
tak tahulah kenapa,
saya tak dapat bayangkan kalau saya berpisah dengan awak lepas ini,
pasti saya menjadi manusia paling rugi,
sebab sudah tak dapat lihat orang yang seperti awak..


p/s: TERIMA KASIH AWAK KERANA SUDI BERKAWAN DENGAN SAYA.. HUG & KISS..>

Thursday 14 June 2012

Cinta ini


memang semua orang mahukan cinta, 
hatta, hawa dihidupkan oleh Allah juga atas dasar cinta,
mereka diturunkan oleh Allah SWT ke bumi juga atas dasar cinta..
buatlah apa sahaja yang kamu suka
buatlah apa sahaja yang kamu mahu
tempat ini milik kamu
puaskan segala nafsu mu..
namun, jangan sesekali kamu mendekati buah larangan,
berbahagialah mereka di sana..

Namun,
mereka ingkar..
setelah dikurniakan rasa cinta, rasa sayang, teman hidup,
mereka lupa,
mereka lupa yang semua itu harus disyukuri,
mereka tak kuat,
mereka tak kuat melawan kehendak itu,
mereka mahu rasa,
mereka mahu cuba,
apa rasanya buah itu,

memang.. kita dah rasa semua,
tempat ini sungguh indah, 
tenpat ini sungguh mengasyikkan,
hidup hanyalah untuk bermalas-malasan,
semua nikmat yang Allah bagi kita dah rasa,
ya, hampir kesemuanya,
bahagia sekali..

Iblis itu,
sangat dengkikan mereka,
Iblis tidak mahu sujud kepada nabi Adam,
Iblis rasa hebat,
Iblis rasa mulia,
Iblis itu kreatif,
Iblis berbisik dan tunjukkan keharuman buah itu..
 
Mereka memakan buah larangan,
murkailah Allah dengan Adam dan Hawa yang dicintai-Nya..
turunlah mereka ke bumi dari syurga yang indah..
begitu banyak air mata yang mengalir dari Adam,
air mata penyesalan itu membentuk aliran sungai..
yang mengalir ke laut menjadi mutiara..

Itulah perjanjian Iblis hamba Allah swt yang sombong.. 
berbangga selepas berjaya menyesatkan,
rayaun demi rayuan dilakukan,
Iblis tidak pernah jemu,
Iblis tidak pernah letih,
bertambah beriman kamu,
bertambah pula usaha Iblis.
usaha itu tidak habis, 
usaha ini tidak pernah padam...
 





 p/s: Kemudian Allah berfirman kepada Iblis yang terkutuk itu:
"Pergilah engkau bersama pengikut-pengikutmu yang semuanya akan menjadi isi neraka Jahanam dan bahan bakar neraka. Engkau tidak akan berdaya menyesatkan hamba-hamba-Ku yang telah beriman kepada Ku dengan sepenuh hatinya dan memiliki aqidah yang mantap yang tidak akan tergoyah oleh rayuanmu walaupun engkau menggunakan segala kepandaianmu menghasut dan memfitnah."

 
 

Wednesday 13 June 2012

Di Dunia Ini..

Di Dunia Ini..
ramai orang yang baik, 
tapi berapa ramaikah orang yang jahat terpengaruh dengan 
kebaikan mereka itu?

ramai orang yang alim,
namun berapa ramaikah orang  yang rosak akhlak mampu
ditarbiah dengan kealiman mereka itu?

ramai orang yang bijak, 
namun berapa ramaikah orang bodoh yang dapat manfaat daripada 
kebijakan mereka itu?

ramai orang yang cantik,
namun berapa ramaikah orang yang hodoh yang telah 
mempergunakan kecantikan mereka itu?

ramai orang yang kaya,
namun berapa ramai orang miskin yang mendapat pertolongan
daripada kekayaan mereka?

ramai orang bahagia,
namun, berapa ramaikah orang yang sedih turut 
merasa kebahagiaan mereka?

ramai orang yang sempurna,
namun berapa ramai orang cacat yang yang telah diketepikan
akibat daripada kesempurnaan mereka?

ramai orang yang dipuji,
namun berapa ramai orangkah yang sudah tenggelam 
akibat pujian yang diterima mereka?





p/s: Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: “Apabila seorang manusia mati, putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu memberi kepada yang faedah orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya.”
(Hadith Sahih – Riwayat Imam Ahmad)