Thursday 14 June 2012

Cinta ini


memang semua orang mahukan cinta, 
hatta, hawa dihidupkan oleh Allah juga atas dasar cinta,
mereka diturunkan oleh Allah SWT ke bumi juga atas dasar cinta..
buatlah apa sahaja yang kamu suka
buatlah apa sahaja yang kamu mahu
tempat ini milik kamu
puaskan segala nafsu mu..
namun, jangan sesekali kamu mendekati buah larangan,
berbahagialah mereka di sana..

Namun,
mereka ingkar..
setelah dikurniakan rasa cinta, rasa sayang, teman hidup,
mereka lupa,
mereka lupa yang semua itu harus disyukuri,
mereka tak kuat,
mereka tak kuat melawan kehendak itu,
mereka mahu rasa,
mereka mahu cuba,
apa rasanya buah itu,

memang.. kita dah rasa semua,
tempat ini sungguh indah, 
tenpat ini sungguh mengasyikkan,
hidup hanyalah untuk bermalas-malasan,
semua nikmat yang Allah bagi kita dah rasa,
ya, hampir kesemuanya,
bahagia sekali..

Iblis itu,
sangat dengkikan mereka,
Iblis tidak mahu sujud kepada nabi Adam,
Iblis rasa hebat,
Iblis rasa mulia,
Iblis itu kreatif,
Iblis berbisik dan tunjukkan keharuman buah itu..
 
Mereka memakan buah larangan,
murkailah Allah dengan Adam dan Hawa yang dicintai-Nya..
turunlah mereka ke bumi dari syurga yang indah..
begitu banyak air mata yang mengalir dari Adam,
air mata penyesalan itu membentuk aliran sungai..
yang mengalir ke laut menjadi mutiara..

Itulah perjanjian Iblis hamba Allah swt yang sombong.. 
berbangga selepas berjaya menyesatkan,
rayaun demi rayuan dilakukan,
Iblis tidak pernah jemu,
Iblis tidak pernah letih,
bertambah beriman kamu,
bertambah pula usaha Iblis.
usaha itu tidak habis, 
usaha ini tidak pernah padam...
 





 p/s: Kemudian Allah berfirman kepada Iblis yang terkutuk itu:
"Pergilah engkau bersama pengikut-pengikutmu yang semuanya akan menjadi isi neraka Jahanam dan bahan bakar neraka. Engkau tidak akan berdaya menyesatkan hamba-hamba-Ku yang telah beriman kepada Ku dengan sepenuh hatinya dan memiliki aqidah yang mantap yang tidak akan tergoyah oleh rayuanmu walaupun engkau menggunakan segala kepandaianmu menghasut dan memfitnah."

 
 

No comments:

Post a Comment