Monday 16 January 2012

teruknya permainan orang yang menjadi BATU API.

Assalamualaiikum W.B.T.. hari ni kita straight to the point je la ek.. hari ni, ndya dah mendengar 2 buah cerita yang sangat-sangat sedih yang terjadi akibat daripada PENANGAN orang yang menjadi BATU API a.k.a penghasut sehingga membawa kepada perbalahan.

cerita pertama yang menyebabkan putusnya tali ikatan pertunangan sahabat ndya. tak tahu la, kenapa ada orang busuk hati melemparkan fitnah atau benda-benda yang tidak betul mengenai sahabat ndya tu. orang dia punyalah baik. smpai ndya sendiri pon pernah rasa kagum plak tengok tunang dia boleh berada di dalam hati sahabat ndya ni. segala ciri-ciri wanita idaman ada kot kat dia. hurm, ntah lah..



then, cerita yan kedua plak mengenai Abu Aqif yang nama sebenar dia ialah Abdul R*****n kau memang penyangak dan busuk hati la.. yang banyak memutar belitkan ayat Ustaz Azhar Idrus. hingga timbullah perselisihan faham di antara UAI dengan Ulama Muda Umno(ILMU). sampai ada plak sekarang nak timbul kes saman-saman plak. heeeee, ntahlah..kenapa perlu dibuat semua tu. kecian plak ndya tengok UAI. banyak kot jasa dia. sepatutnya kita kena rasa bersyukur la sebab beliau mampu nak tarik muda-muda kita sekarang.



ndya harap sangat-sangat benda ni boleh diselesaikan dengan baik. yelah, benda-benda ni semua mampu untuk memberi kesan kepada agama secara amnya.


p/s:tak berani nak cakap apa-apa..(".)


Sunday 15 January 2012

CARA RINGKAS BUAT TEKS MC/Pengacara Majlis(panduan)

Assalamualalaiikum all my fwenz di luar sana..??huhu. sihat tak hari ni? ndya harap sihat-sihat belaka la yek!! mungkin ada di antara kamu yang tengah tension atau pulun  study tu kannn.. yela, sekarang kan musim exam dan ada jugak rakan-rakan kita yang dah habis exam..ndya doakan semoga berjaya.

wokeh, hari ini ndya nak berkongsi la serba sedikit ilmu yang tidak seberapa ni pada kamu semua. yala, ndya pon kadang-kadang orang call dan mesej tanya bagaimana nak wat teks MC, tanya pantun la, tanya tips la..so,apa salahnya ndya berkongsi dengan kamu semua bagaimana cara atau teks yang agak simple la senang nak buat atau faham.ye dak..??

mungkin ada di antara  kamu semua yang pernah, akan, atau teringin nak jadi Master of Ceremony(MC) or emcee. tambah-tambah lagi sekarang pulak nak dekat cuti semester, mesti akan ada yang terlibat dengan projek, majlis dan sebagainya yang memerlukan orang atau individu untuk menjadi MC. untuk individu yang belum pernah atau tidak tahu bagaimana cara yang baik untuk membuat teks, jom kita tengok dan pelajari okehhhhh!!!^_^

(disebabkan masa cuti sem ni banyak wat baksis, kita buat teks Baksis/ bakti siswa)

 perkara pertama yang kita perlu buat kalau kita diberi tugasan untuk jadi MC ialah mengetahui:
-apa jenis majlis atau program yang dijalankan(nama program)
- senarai nama VIP(kena tahu dengan perinci nama sebenar dan jawatannya dengan tepat dan jelas dan dari sumber yang boleh dipercayai)
- objektif majlis
- tentatif majlis
-tukang bagi ucapan(berapa orang)
-tukang baca doa
-hal ehwal cenderamata (jika ada)

*kalau boleh mintak la paperwork dari pengarah projek atau AJK.. baru senang sikit.. tapi kalau diorang tak boleh nak bagi, tak mengapalah..:)

okeh, tengok yek nadya bagi contoh kalau nak buat TEKS MC MAJLIS FORMAL




Mengumumkan ketibaan
*Yang Berbahagia
Datuk Dr. Ahmad Faiz B Hj Abd Hamid
Timbalan Naib Canselor
Hal Ehwal Pelajar dan Alumni
Universiti Utara Malaysia

 ulang*

Yang Berusaha
Prof. Madya Dr. Mohd Amy Azhar b. Hj. Mohd Harif
Pengarah
Jabatan Hal Ehwal Pelajar

pegawai-pegawai Hal Ehwal Pelajar,
presiden-presiden kelab, serta hadirin dan hadirat yang dirahmati sekalian

"SELAMAT DATANG KE MAJLIS PERASMIAN BAKTI SISWA PERDANA 2012"
 *tekankan sedikit nada suara untuk mempengaruhi hadirin memberi tepukan..^_^


Alhamdulilah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT , kerana dengan limpah dan kurnianya, dapat kita bersama-sama berkumpul bagi menjayakan majlis Perasmian Program Bakti Siswa Perdana bagi tahun 2012. 

-------------------------------------------------------------------------------------------------
(*yang kat bawah ni, adalah objektif dan maklumat serba-sedikit pasal program, kalau ada paperwork, boleh tengok kat paperwork..)

Untuk pengetahuan semua,
program bakti siswa perdana yang saban tahun diadakan ini adalah hasil kerjasama Jabatan Hal Ehwal, Jawatan Kuasa Pembangunan Siswa dan Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Utara Malaysia. program ini diadakan adalah bagi menyahut seruan Kmenterian pelajaran Tinggi Malaysia untuk menyumbangkan bakti kepada masyarakat setempat, mengasah kemahiran insaniah dan juga cakna mengenai hal ehwal semasa.

Bukan itu sahaja, ia juga mampu untuk mengasah kemahiran mahasiswa untuk memimpin, membuat keputusan, pengurusan projek , komunikasi dan kemahiran-kemahiran lain dalam memperlengkapkan diri mahasiswa sebagai melahirkan modal insan yang berjaya.

---------------------------------------------------------------------------------------------
DOA
Baiklah, bagi memberkati majlis kita pada hari ini, dijemput Ustaz Al Fadil Abd Rahman bin Uthman bagi memimpin bacaan doa.
Dipersilakan.

Amin-amin ya rabbal Al-amin. terima kasih diucapkan kepada Ustaz Al Fadil Abd Rahman bin Uthmandi atas pimpinan bacaan doa itu tadi. moga majlis kita pada hari ini diberkati oleh-Nya. insyaAllah..
-------------------------------------------------------------------------------------------------
UCAPAN

seterusnya, dijemput
Yang Berusaha
Prof. Madya Dr. Mohd Amy Azhar b. Hj. Mohd Harif
Pengarah
Jabatan Hal Ehwal Pelajar
Universiti Utara Malaysia
untuk menyampaikan ucapan.
Dipersilakan.

terima kasih diucapkan kepada Prof. Madya Dr. Mohd Amy Azhar b. Hj. Mohd Harif Pengarah Jabatan Hal Ehwal Pelajar Universiti Utara Malaysia di atas penyampaian ucapan sebentar tadi.


 Baiklah, majlis diteruskan dengan  mempersilakan
Yang Berbahagia 
Datuk Dr. Ahmad Faiz B Hj Abd Hamid 
Timbalan Naib Canselor
Hal Ehwal Pelajar dan Alumni 
Universiti Utara Malaysia
untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan majlis perasmian MAJLIS PERASMIAN BAKTI SISWA PERDANA 2012.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.



terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia Datuk Dr. Ahmad Faiz B Hj Abd Hamid Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Universiti Utara Malaysiadi atas ucapan perasmian sebentar tadi.

----------------------------------------------------------------------------------------------
CENDERAMATA/PENYAMPAIAN APA-APALA contohnya sijil, plak dan sebagainya

baiklah, untuk pengetahuan hadirin sekalian, Bakti siswa Perdana 2012 ini akan disertai oleh sebanyak 14 Dewan Penginapan Pelajar Universiti Utara Malaysia. mereka akan berkampung secara serentak pada 21 sehingga 24 Januari 2012 di seluruh tempat yang terpilih di Malaysia.

Bagi meneruskan majlis, dipersilakan
Yang Berusaha
Prof. Madya Dr. Mohd Amy Azhar b. Hj. Mohd Harif
Pengarah
Jabatan Hal Ehwal Pelajar

untuk menjemput dan mengiringi
Yang Berbahagia
Dato Dr. Ahmad Faiz bin Hj Abdul Hamid
Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni
Universiti Utara Malaysia
untuk menyampaikan plak sebagai tanda penyerahan anak angkat  kepada wakil 14 Dewan Penginapan Pelajar Universiti Utara Malaysia.

kita mulakan dengan:
1. DPP YAB
2. DPP BANK MUAMALAT
3. MISC
*(SEBUT LAH SEMUA DPP WOKEY..)
14. MAYBANK

terima kasih diucapkan kepada
Yang Berbahagia
Datuk Dr. Ahmad Faiz B Hj Abd Hamid
Timbalan Naib Canselor
Hal Ehwal Pelajar dan Alumni
Universiti Utara Malaysia
di atas penyampaian plak penyerahan sebentar tadi.
--------------------------------------------------------------------------------------------------
 PENUTUP

Baiklah, dengan berakhirnya penyampaian cenderamata itu tadi, maka berakhirlah sudah majlis MAJLIS PERASMIAN BAKTI SISWA PERDANA 2012. terima kasih dan selamat maju jaya diucapkan kepada semua peserta. 
Dengan ini saya sudahi dengan Wabilahitaufik walhidayah Assalamualaiikum W.B.T dan salam 1 Malaysia.


*Mengumumkan keberangkatan pulang
Yang Berbahagia\
Dato Dr. Ahmad Faiz bin Haji Abdul Hamid
Timbalan Naib Canselor
Hal Ehwal Pelajar dan Alumni
Universiti Utara Malaysia
.

gambar hiasan..:P
masa ni ndya kena jadi MC utk Malam Penghargaan GCB's..^_^



*tidak seratus peratus korang perlu ikut teks di atas. kalau korang mempunyai ayat atau kata-kata yang lebih baik atau sedap didengar, boleh jek buat. ini hanya garis panduan.
*kalau rasa nak tambah pantun pon boleh..
*elakkan guna perkataan "tanpa membuang masa", agak kurang manis..
*sebarang pertanyaan, komen, pandangan atau kritikan, beritahu jek..ndya open sahaja..
meh kita kongsi ramai-ramai yek..:)

Thursday 12 January 2012

DRAMA OMBAK RINDU

Hye semua..!!korang dah tengok drama Ombak Rindu??mesti ramai dan almost one of you cakap dah tengok sejak berzaman lagi kan3!!! ndya sebenarnya baru je tengok minggu lepas. sedih kan..nak buat macam mana, ndya ni bukannya kaki wayang pon then, tiada sapa lagi nak teman kalau ndya nak pergi tengok. so, terpaksa la tunggu CD atau download kat mana-mana cerita tu.

cerita Ombak Rindu ni memang ndya nak tengok sangat-sangat sebab ramai sangat orang update status cakap best la, meleleh la, berair air mata, menangis la, story of the year la, then, macam-macam lagi la pujian yang ndya baca kat paper , blog dan facebook. tambah-tambah lagi lagu dia yang dinyanyikan oleh Hafiz dan Adira memang sedap sangat ndya dengar. memang touching habis..!!wuuuuuuuuuu;(


namun, malangnya.. apa yang ndya saksikan atau tonton memang hanya indah khabar dari rupa. nak kata sedih tu takde la sedih mana pun. ndya pon tak tahu la part mana yang sedih sangat tu. sebab apa ndya panggil cerita ni 'drama' Ombak Rindu, sebab ndya rasa drama-drama melayu yang lain lagi banyak kot yang sedih-sedih. tambah-tambah lagi kalau pelakon favourite ndya Elly Mazlein berlakon..wawawawa^_^

pastu, mula-mula ndya tengok cerita ombak rindu ni memang sangat-sangat menggambarkan bagaimana pengarah atau penggiat filem kat Malaysia ni sangat ketandusan idea untuk menghangatkan lagi jalan cerita mereka. yelah, mesti akan ada adegan ranjang dan scene orang berkemban punya. ndya rasa tak perlu kot.. cuba la berilmiah sikit. takkan la nak tunjuk yang kononnya Izzah dan Hariz tu dah kahwin, mesti nak tunjuk diorang melakukan adegan 18SXXX. kalau tak tunjuk pun orang dah tahu la, memang tu lumrah perkahwinan kalau berkahwin. then, boleh pulak prosuder dia cakap, kalau takde adegan-adegan tu, cerita tu tak boleh dijual. what da...****** la kan pemikiran diorang ni. 


tapi apa-apa pun pujian la harus diberi kepada kepada semua pelakon dalam citer ni sebab boleh membawakan watak tu dengan baik. harus ke..??hehehhehe.. dah nama pon pelakon kan, mesti la kena pandai berlakon..huhu. bagi nadya ni cuma standard typical malay movie la kat Malaysia ni. tiada apa yang berbeza pon kalu nak dibandingkan dengan drama Melayu atau filem lain. cuma mungkin publisiti daripada cerita dan penggemar novel itu sendiri yang mengangkat filem ni sampai mencecah jutaan ringgit. tahniah la!!
(FILEM KITA WAJAH KITA)..(".)



p/s: MASIH TERTUNGGU-TUNGGU NOVEL DAN FILEM YANG DIHASILKAN OLEH ANAK TEMPATAN SEPERTI CERITA DAN NOVEL 'AYAT-AYAT CINTA'.

Tuesday 10 January 2012

AKU MASIH SAYANG KAMOOOOOO...!!!

Assalamualaiikum dan salam 1 Malaysia to all ucapians especially to adek2 akak lam ucap neh.. mgkin ada di antara kita yg baru kenal dengan kak nadya tambah-tambah lagi dari semester 1. yelah, kita bertegur sapa pon mungkin dekat Bengkel Debat TNC dan persiapan untuk Debat TNC. tu pon adek2 dr dpp EON dan Petronas la kot yang agak rapat sikit dengan kak ndya sbb kak ndya kena in-charge DPP korang. hurm, kak ndya harap sangat-sangat junior-junior yang ada sekarang ni dapat stay la dengan kelab ni sampai korang habis/ tamat pengajian kat UUM ni. tp kalu ada di antara kamu yg still jugak nak 'quit' dr kelab ni, akak xdak kuasa autoriti apa2 nak halang korang..


 kalu ikutkan hati kak ndya, mahu sahaja akak melangkah pergi terus dr kelab ini kerana memikirkan segala bebanan, masalah dan apa jua yg berlaku dalam kelab ni. dah tak sanggup lg rasanya nak hadapinya. tambah-tambah lg, dengan tuntutan kursus yg kak ndya amek  yg memerlukan kak ndya fokus byk perkara kat jurusan yg akak amek, sbb kak ndya bakal wat praktikal dan thesis. so, memang kena banyak preparation yg perlu akak lakukan. utk tahun yg akan datang ni pon, akak tak berani nak jamin bagaimana komitmen akak untuk kelab ni.

apa yang kak ndya nk ckp, sgt rugilah bg org2 yg quit dr kelab ni. ntah la, kak ndya pon xtau napa begitu cepat berputus asa sgt. kalu tekanan dlm kelab ni pun korang dah xbley nk handle dan hadapi bagaimana pula dengan tekanan yg akan korang lalui di luar nanti.  


 ni lah senior-senior korang yg sangat-sangat baik..diorang ni pemurah tau.. kalu dok ngan diorang, konpom bley makan benda mahal-mahal.^_^


debat diraja kat UM(masa ni akak baru sem 1)


time dinner^_*



masa perkampungan debat Integriti 2011 kat Puspanita KL
best sgt2 masa neh..


kena kemas bilik UCAP..banyak gler kot barang/bahan yg ktaorg dah buang..


  ni masa bukak puasa tahun lepas..jgn x tau, ktorg rapat sgt2 dulu..^_^



 banyak permainan yang kitaorg selalu main.. ni kak nadya tak ingat lah permainan apa ntah..


kena pergi perkampungan naik bas ekspress dan sendiri2 dulu masa ni.. mmg kena byk kena survive kalu get along wif diz club..tp pulangannya, hnya kamu sendiri yg tahu..>



debat diraja UTHM




masa nak blk UUM dr KL neh..^_^





masa ni kat UTP...apa yg best bukan diorg wat p'tndingan debat jek, tp mcm2 sukan lain.. gmba2 kat atas ada student dr UTHM, IPG, UNIMAS, dan apa lg ntah..kak ndya jd pengurus diorg jek, sbb akak sowank je gurlz..sobs..sobs..;(


moga hubungan ini berkekalan sampai bila-bila..
insyaAllah...amin..
Nadya sgt2 sayangkan family neh..


*banyak lagi gambar / moment yg ada. tp itulah antaranya..gmba hubungan dan semangat kekeluargaan kelab ni.. I REALLY MISS U GUYS and THE MOMENT...>T_T

Aura Ustaz Azhar Idrus

Assalamualaiikum..pe kabor belake..?? amber arap sihak2 la daok..huhu. haaa, itulah penangan Ustaz Azhar Idrus yg juga dikenali sebagai UAI. Secara ringkasnya, beliau pernah bersekolah di  Sekolah Inggeris Sultan Sulaiman Kuala Terengganu hingga tingkatan 6. pernah juga menjadi guru muzik pd tahun 1985, belajar agama secara talaqqi lebih kurang dgn 8 orang guru dlm tempoh 12 tahun. (sumber wsustazazhar)


itulah serba sedikit pasal ustaz ni..hurm, ndya yakin pasti ramai yg pernah mendengar ceramah ustaz neh di CD or youtube. best kan3!!! ndya mula2 dgr ceramah ustaz ni, lam kereta membe, memang pekat giler la ayat 'ganu' die. tp mujurlah ndya ada la jgk darah pantai timur, so faham la. 1st time dgr ceramah dia, mmg berdesup dan tersentap la masuk kat telinga dan hati nadya. yala,kdg2 rasa kena kat ndya..ahakz!!^_^ tp mmg power la.. yala, tak semua benda atau perkara kita kena cakap berkias-kias, ada kalanya kena straight to the point..baru orang senang faham dan nak ikut. mcm mak ndya selalu cakap, 'cakap banyak tak mboh'..huhu. cuma, yala, dalam masyarakat melayu ni, banyak yg kena sopan-sopan, tolak ansur, lemah-lembut.., so, ada yg x bley nak terima la..



korang tahu UAI ni skrg seolah-olah dah jadi macam satu fenomena kat Malaysia. panggil lah ustaz idrus pergi bg ceramah/kuliah kat mana-mana, confirm penuh tempat sampai bersesak-sesak. mmg kalah lah artis or Aaron Aziz. dah macam semut kena hurung gula dah nadya tgk. yela, lepas habis je kuliah, berpusu-pusu orang nk tangkap gambar atau bersalaman ngan dia..ndya pon teringin sebenarnya nak dengar ceramah ustaz secara 'live' tp belum berkesempatan lagi..wuuuuuu;(


 walaubagaimanapun, nadya telah mengubat rasa frust ndya ni dgn selalu berkunjung di page facebook l UAI, page yg slalu ndya lawat ialah  http://www.facebook.com/Ustaz.Azhar.Idrus.Original dan http://www.facebook.com/Koleksi.Printscreen. best sgt3 berkunjung di kedua-dua page ni.. bukan sahaja dapat tambah pengetahuan pasal ilmu agama, tp dapat ramai kawan-kawan yang baik-baik..^_^


    

hehehhehe,kreatif kan cara ustaz jwb, ia bukan soal byk gelak atau main2, ia soal bagaimana ustaz nak  dekatkan diri dgn orang-orang muda agar kita tak rasa kekok nak bertanya or bergaul dgn golongan2 yg tinggi ilmu agamanya.. yelah, kita kan selalu ada persepsi bahawa owg2 yg alim ni mcm agak rigid la.. hinggakan bersalam pun tidak mahu kalu tengok kita ni 'pelik' sikit. so, camna anak-anak muda atau orang-orang yg nak mendekatkan diri kepada ilmu agama ni..(tak baik tau diskriminasi)..^_^

X-FACTOR UAI
haaa, seorang yg sangat2 versatil dan fleksibel..mari kita beramai-ramai mencontohi cara UAI berdakwah dan bagaimana cara pendekatan yang dilakukan. ketika orang ramai dan anak-anak muda asyik didedahkan dengan berita-berita yang kurang manis, akhirnya lahirlah juga ikon / tokoh agama yang mampu dijadikan model kepada masyarakat. lihat sahaja di page UAI, begitu ramai anak-anak muda berkunjung di situ, dan banyak sekali pertanyaan atau kemusykilan yang ditanya oleh anak-anak muda kita.. 


TERNYATA PEMUDA DAN PEMUDI NEGARA AMAT DAHAGAKAN ILMU AGAMA DAN KEROHANIAN..


cuma medium untuk kami dapatkannya amat terhad, yang kadang-kadang menyebabkan ada di antara kami tersasar jauh dari rahmat Allah...T_T

steady la ustaz 2 orang nih.. then tma kaseh jugak pada sahabat ndya yg bg ndya share gambar ni dari fb dia dan banyak bg maklumat pasal UAI kat ndya.. peminat setia ustaz ni.. (ss)^_^
                          









KATA-KATA IMAM AS-SYAFI

-Barangsiapa menghendaki akhirat wajib baginya ikhlas pada ilmu.

-Tidak ada sesuatu yang lebih indah pada ulama kecuali dengan kefakiran dan mencukupi dengan apa yang ada serta redha dengan keduanya.

-Hendaklah kamu berilmu pengetahuan sebelum kamu menjadi ketua, sebab sesudah kamu menjadi ketua, tidak ada jalan lagi bagimu untuk mencari pengetahuan. 

-Orang yang berakal itu adalah orang yang akalnya dapat mengawal segala sifat-sifat mazmumah (sifat keji).-

-Barangsiapa yang menyukai bila Allah menutupinya dengan kebaikan maka hendaklah dia bersangka baik terhadap manusia

Wednesday 4 January 2012

Adam Adli VS Amalina che Bakri

Assalamualaiikum semua..apa kabar??heheheh..mzti ada di antara korang yg tgh stress exam kan..rileks2..huhu. ndya pon tgh saket pala neh,sbb byk sgt tido..ahakz!!hurmm,lama jugak ndya xupdate blog ndya kan..yala,sjak akhir2 neh, byk gler keja, ngan assgment, exam, then ngan program2 laen.huh! however, ndya mmg xkan lepaskn peluang utk tahu isu2 semasa yg byk sgt m'belenggu pemikiran rakyat Malaysia skrg neh.. now,kita fokus kat 2 org anak siswa n siswi yg tgh meletop2 skrg neh.. iaitu Adam Adli dan Amalina che Bakri..

    1.ADAM ADLI
-okeyh!!ndya yakin la ramai yg dah tahu pasal mamat neh..beliau merupakan seorang pelajar tahun tiga Universiti Perguruan Sultan Idris (Upsi), dan org yg b'tanggungjwb menurunkan bendera berwajah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yg menyebabkan dirinya menerima pelbagai ugutan dan liputan meluas media. haaaa, itulah dia..mmg hero la kononnya kan.. ndya tahu darah muda kan,kdg2 xpikir panjang nk wat apa2..semuanya cenderung mengikut owg yg kita suka or idola. mcm yg dia minat,sah2 la Dato Seri Anuwar Ibrahim kannnn(DSAI).

Adam Adli dan konco2nya neh,kononnya nak serahkan memorandum Kebebasan Akademik la kat Menteri. aishhhh,ndya yakin ada di antara mereka pon xtahu apa itu kebebasab akdemik hingga wat 6 tuntutan yg tidak berasas iaitu:




dalam erti kata laen ialah nk mansuhkan AUKU..hurmmm,ndya sebenarnya mmg dr dulu lg nk t'gelak kalu owg nk sgt mansuh AUKU neh..xtau la apa yg nk dimansuhkn sgt.. kalu mansuh pon,apa yg diorg dapat..??
1 soalan la utk diorg... AUKU ni sebenarnya menyekat mahasiswa utk belajar ke atau menyekat mahasiswa utk b'politik..?? kalu sekat b'politik pon,napa..??nk jd Ahli Parlimen? nk jd Y.B..?? ilmu di dada pon belom cukup lg..hurmm..dah la,ndya pon dah malas sebenarnya nk membebel panjang pasal si mamat ni, ndya kira lepas ni, mereka akan tambah lg tuntutan mereka yg ke-7 hingga 10 iaitu:
7. BEBASKAN ADAM ADLI
8. BEBASKAN SAFWAN ANANG
9. BEBASKAN YUYU LUNA
10. BEBASKAN ANUWAR IBRAHIM 901..

hahaahhahhhaha,kan xdak keja namanya tu..hurm..xpasal2 la..bg ndya, kesian sebenarnya kat diorang neh.. yala,kalu xdibuang pon,mesti akan di gantung pengajian yg makan masa bertahun2..ndya yakin la, satu hari nnti  diorg akan menyesal dgn perjuangan mereka sendiri. masa tu barulah mereka tahu langit itu tinggi atau rendah. Anda semua akan jd pemimpin,kami pon akan jd pemimpin, semua org akan jd pemimpin, tp byk lg cara yg kita bley wat kalu nk berjuang.. ni xpasal2 la cari penyakit.  

TO ADAM ADLI-JUST ADMIT UR MISTAKE, PEOPLE WILL FORGIVE U..TRUST ME..


2. AMALINA CHE BAKRI

 seorang wanita yg pernah menggemparka negara dgn kejayaan beliau mempunyai 17 A1 di peringkat SPM. kira dia ni pnah jgk la jd sumber inspirasi aku masa sekolah dulu sbb dia kan sekolah biasa2 jek, bukan sekolah asaram penuh or elit2 laa, even aku xsehebat dia..huhu. then skrg dia telah pun melanjutkan pengajian dia Universiti Edinburgh, Scotland tp apa yg membuatkan nama dia jd panas 2-3 hari neh ttg penyebaran gambar..:




tadaaaaa...!!!^_^. hheheheheh..ni gmba dia masa kecik2 dlu..xpela,mybe korang dah tgk kot gmba2 dia yg daring tu kan..sbenarnya, sbelom dia dpt 17 A1 tu lg, dia mmg cmtu la, pakai tudung on off.. mmg la kat paper byk gmba dia pkai tudung, sbb paper ni nk tunjok contoh yg baek2 jer la.. tp ndya mmg pnah tgk gmba dia yg dia free hair dlu kat majalah mastika xsilap. so, xhairanlah kalu tgk gmba dia yg skrg..mknanya,dia bukanlah kena culture shock or apa..

tp apa yg ndya tgk kat fb or kat blog, punyalah byk caci-maki, sumpah seranah or apa la yg wat kita xsedap nk baca..camtu ke kalu kita nk doakan sesama saudara Islam kita..??ntah2 yg dok mnyumpah tu lg terok... kalu ye pon, berdoa la agar dia bley perbaiki diri, n ameklah benda yg elok..jom kita tgk kejayaan minah neh..> 
http://zul4kulim.blogspot.com/2009/12/nur-amalina-che-bakri.html

bukan itu shj,dia skrg pon dikhabarkn tgh mnyiapkn sebuah buku utk dijadikan rujukan kpd lecturer n students di sana..kita neh..??hado...??huhu..benda2 cmni mmg suka kan korang sebar2,..^_^

p/s:btw, aku yakin mereka berdua di atas sedang menjalani kehidupan dan liku2 sbg seorang yg dewasa, yg xterlepas melakukan kesilapan..sama juga spt aku dan kita-kita semua ..^_^