Wednesday 13 June 2012

Di Dunia Ini..

Di Dunia Ini..
ramai orang yang baik, 
tapi berapa ramaikah orang yang jahat terpengaruh dengan 
kebaikan mereka itu?

ramai orang yang alim,
namun berapa ramaikah orang  yang rosak akhlak mampu
ditarbiah dengan kealiman mereka itu?

ramai orang yang bijak, 
namun berapa ramaikah orang bodoh yang dapat manfaat daripada 
kebijakan mereka itu?

ramai orang yang cantik,
namun berapa ramaikah orang yang hodoh yang telah 
mempergunakan kecantikan mereka itu?

ramai orang yang kaya,
namun berapa ramai orang miskin yang mendapat pertolongan
daripada kekayaan mereka?

ramai orang bahagia,
namun, berapa ramaikah orang yang sedih turut 
merasa kebahagiaan mereka?

ramai orang yang sempurna,
namun berapa ramai orang cacat yang yang telah diketepikan
akibat daripada kesempurnaan mereka?

ramai orang yang dipuji,
namun berapa ramai orangkah yang sudah tenggelam 
akibat pujian yang diterima mereka?





p/s: Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: “Apabila seorang manusia mati, putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu memberi kepada yang faedah orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya.”
(Hadith Sahih – Riwayat Imam Ahmad)

No comments:

Post a Comment