Tuesday, 31 December 2013

PROTON PIALA EMAS RAJA-RAJA


tadaaaaa..!! hye korang..mesti korang rindu kat Nadya kan3..!!! hehehhehehhe. sowi la Nadya mmg dah lama gler xupdate blog, dah bersawang dah blog ni..cedey kannn.. xpala, pasni Nadya try gak update paling koman sebulan sekali.. hehehehhe. :)

kali ni Nadya nak cta pasal memori tgk FInal PROTON PIala Emas Raja-Raja 2013 baru ni lah.. 28. Disember 2013. Nadya dpt tiket cemey.. mula-mula tu memang rasa macam xmau p, tp dah abah suwoh p.. Dia ckp, dah dpt tiket tu p la, xkan nak biaq ja tiket tu..huhu. Abah la orang yang mendidik aku agar minat bola..



then aku pon press moto sampai la stadium. Nadya dok umah sewa yg hanya 1 minit ja dari satdium..haahahhah. sampai2 kat stadium Nadya tgk, waaaaa, ramainya orang kat stadium.. teringat zaman kegemilangan Kedah dulu-dulu(sobs3 sedihnya) :'(


 korang2! cuba tengok abang yg pakai baju kuning kat tengah tu,.. dia la yang belanja Nadya tiket cemey tu.. hahahahhaha.. abang Mat Isa Pendang, nama FB dia. dia bawak bersama anak menakan ngan kawan dia sekali.. abg Mat ni lawak, dok tengok bola ngan dia xlarat nak gelak..!! hahahhahaha. :P

tp yang tak syoknya, Kedah kalah PENALTI  6-7 ngan Perlis laa.. seyezly, sedih sangat.. kami memang sangat mengharapkan Kedah dapt menamatkan kemarau untuk pegang apa-apa Piala.. wuuuuuuuu :'(




ini la! ini la! ops.! kan dah kena candid ngan photographer Gedik..!! hahahhahha.. aku ni usaha la nak lari, tp dia nampak jugak aku.. nway, tankz jugak kat dia sebab tangkap gambaq aku yang cantik2..!! tocey2..!! :D



 wif Keeper Perlis.. Jumrad Chamrong.. dia ni famous tau..!! tp aku xkenal sgt dia.. tp dia nampak macam friendly kannn..!! 


SHAFIQ..!!!! Alahaiiiii, ensem gler la mamat yang dapat pemain terbaik malam ni.. dia punya senyuman..FUH ! tp kadang-kadang tengok macam Baddrol Bakhtiar pon ada.. ahakz..! Tahniah Syafiq..Nadya doakan kamu berjaya dan jangan lupa diri.. amin.. :)

#bye korang..

#jom p pekena laksa ikan sekoq.. :D

Tuesday, 10 December 2013

GAMBAR PASSPORT


TADAAAAA...!! cantik tak Nadya..???nampak macam YB tak..?? hehehehhehe..Nadya memang teringin nak jadi somebody pon suatu hari nanti..doakan Nadya tau3..!!! ^_^

Monday, 31 December 2012

Passing Out Polis Alif( adik)

hye semua..!! apa habaq.. heheeheh.. ndya baru jek lepas makan ni..arini makan lewat sket sebab malaz mandi..ndya mmg malaz mandi..tabiat buruk ni ada dari sekolah rendah lagi..buruk bebenor perangai..!!

korang tahu tak, dalam entry sebelum ni ndya pernah cerita yang adik ndya no-2 nak tamat latihan polis (passing out) pada 28/12/2012. ndya memang nak p sangat sebab tak pernah tgk lagi polis punya passing out camna.. sebab sebelum ni hanya pernah tengok yang penjara jek..hehehe.. lgpon adik sendiri kann.. ndya pon pergi la, even 30hb tu ndya exam.. haa, yang ni satu lagi perangai ndya yang buruk bebenor.. hahahaha


pelatih di Pusat Latihan Polis Langkawi

Polis Sedia Berkhidmat

tak cukup tempat..tapi semangat.. :)

heeee, dapat dok kat tangga jaa.. sebelah tu adik aku.. :P




yang ni pelatih terbaik keseluruhan..Mukhris nama dia ..satu platun dengan adik aku.
orang sungai petani Kedah.. ensem ngat aihhhh!! dupdapdupdap.. :P

yang ni famliy kenalan abah aku.. tn.Hasni.. :)

anak dia pon ensem gak..!!! heeeeeee.. :P

1 platun dengan adik aku..

wif his coach








 berkibar sang saka biru.. semoga menajdi POLIS yang baik!~! :)



Thursday, 6 December 2012

My Buddies !!

hello my buddies !!! buddies?? apa tu?? haaaa, selalunya buddy ni mamat2 askar jek guna untuk kenalan2 or kawan2 rapat diorang..kata rakanku Kapt Aidil..huhu. so, start dari situ aku pon nak panggil kawan-kawan aku dengan panggil buddies la jugak boley?? nmpak cute plak.. hikhik >.<

ok, 1st of all, aku nak kenalkan rakan-rakan rapat aku sepanjang stay dekat UUM nih..kira nak kata rapat sangat-sangat tu tak lah, sebab aku selalu sorang-sorang ke mana, tapi diorang ni lah yang banyak menceriakan hari aku.. huuhu


adi & pian (kelate boy) :P

ni Adda @ nama glamour dia kat FB Adda Maya.. hihi.. cantik kan dia?? mak kite selalu puji dia cantik.. uhuk uhuk ! :D

ni Wan Zaliha.. kitaorang selalu panggil dia artis nasyid sebab dia minat nasyid.. erkk?? minat nasyid or penyanyi nasyid?? OPsss!!! :P

yg ni plak Ct mariah..dia ni kuat makan, tapi kuat gak bersenam..sebab tu badan dia kurus(kurus la sgtt) jangan marah aaa.. hehhehe
HERBALIFE.. !!! :P

ni Nisa.. OMG..i'm really miss her..one thing yang nadya suka tentang dia dia sangat2 HUMBLE !!
pic ni yang baru2 ni dia konvo as a Law student..congrates Nisa ! :)

ni pqah..kitaorang selalu g Suksiz sama-sama.. owg Sarawak !! dia sangat baek.. :)(ok, boley abaikan gigi aku) >.<

yati..saya suka suara awak... dia ni fwenzz yang paling sempoii aku rasa..cute, comey.. gedik !!! hahahah




HARGAILAH ORANG-ORANG YANG BERADA DI SEKELILING KITA..JANGAN BILA MEREKA DAH TIADA BARU KITA NAK MENYESAL.. (SPECIAL FOR U Mohd Khairy Anas..) :'(


ramai je lagi kawan-kawan nadya yang happening, nnti ada 1 lg post pasal diorang.. cuma yang ni yang betul2 significant la ngan ndya.. LEBIU ALL !! ^_^


ndya SAYANGGGG semua kawan2 ndya tak kira yang jauh @ dekat.. :)

BOSAN !

huh ! pejam celik pejam celik dah nak hujung sem dah pun aku kat sini. seriously, aku betol-betol dah tak sabar nak tamatkan semester 7 nih. aku harap aku MAMPU untuk tamatkan sem ni dengan baik. KENAPA? ya Allah..betapa peritnya aku kena habiskan saki-baki hidup aku dalam kolej ni. bukan apa, start dari aku dipindahkan ke kolej Tradewinds ni, memang hidup aku sunyi sangat. masa sem 5 dulu best la sebab dapat roomate yang sangat sempoi.. tapi start dari sem 6 & 7 ni, aku dapat roomate yang tak pernah duduk kat bilik. dia hanya masuk bilik untuk mandi jek, then time siang dia masuk la untuk tido sekejap. malam memang tak pernah tido sini. so? aku dah la tak kenal sapa-sapa kat kolej ni, ngan roomate plak camni.. bosannnnnnn!!!!! korang percaya tak yang aku tak pernah berbual ngan roomate aku? korang percaya tak yang aku tiada nombor telefon dia? selama setahun dok kat sini, aku hanya tahu nama dia & course yang dia ambil. aku ni tak lah kisah sangat sebenarnya, tapi tu la ak sunyi..tambah-tambah lagi,  dengan beban report praktikal & assignment yang tak habis-habis.. uwaaaaaa!! aku tak tahu nak mengadu kat siapa..(kalaulah ada arwah dulu) isk isk :'(



aku sebenarnya agak terkilan apabila ditukarkan ke Tradewinds ni, sebab apa? memnag la kolej ni dekat dengan semua & sangat strategik, tapi..em, ntahlah.. lagipon aku bukannya aktif sangat dengan kebudayaan bagai, aku hanya sebagai emcee sahaja & tak terlibat lagsung dengan mana-mana kelab di PBS. aku tak lah, marah siapa-siapa, tapi aku rasa better tanya aku dulu. sebab coursemate aku & rakan Suksiz aku semua dekat area YAB & Muamalat.. susah tahu x..sebab itu yang aku harus beri keutamaan..



apa-apa pon, aku harap segala pengorbanan yang aku lakukan ini terhadap Universiti BERBALOI !!!
bukan senang sebenarnya apabila 3 kali ditukarkan ke DPP(kolej penginapan) yang berbeza. ia bukan setakat kita kena angkut barang bagai, tapi mental & penyesuaian diri selepas itu yang sangat-sangat penting..>



p/s: di saat ini, aku terlalu merindui ABAH & MAK.. Doakan aku BERJAYA.. >.<



Thursday, 29 November 2012

seriously, i'm fall in LOVE wif PAINTBALL

hye semua kawan-kawan ndya..hehehhe..ndya tak tahu la berapa ramai orang yang tahu dan perasan yang ndya ada blog neh, ndya malaz sebenarnya nak post link blog ndya kat wall facebook(FB) sebab malu sebenarnya. ndya risau orang cakap ndya poyo..hehehe. so, bg sesiapa yang memang selalu stalker fb ndya tu tahu & perasan la, sebab ndya cuma publish link ni kat info jek..

anyway, kali ni ndya nak story pasal satu sukan ekstrem yang ndya kira sedang mendapat tempat di hati rakyat Malaysia sekarang iaitu PAINTBALL..(jenis woodsball)!! hari sabtu baru-baru ni Suksiz UUM telah mengadakan Suksiz Paintball Challenge sempena Suksiz Integration Challenge(SIC). so, kira Paintball ni sebenarnya memang saban tahun Suksiz buat, cuma tahun ni yang menariknya dia punya seting kat dalam hutan Sintok !! pada mulanya aku agak keberatan nak main, sebab malam tu tak tidor kot, then pagi tu cuma nak sign attendance sahaja. tapi bila fikir dah bayar kan, main je la sekali. menurut pengarah projek yang sangat berkaliber iaitu Faez Bee Pee, setiap orang akan dapat rasa sekurang-kurangnya 3 kali main. so, puas hati la kalu bayar pon. yuran dia RM 35 jekkk.. pada mulanya memang rasa agak mahal, tapi bila dah main, puas hati beb !!

then, aku pon ambil keputusan nak main. disebabkan aku adalah orang yang terakhir daftar, aku ni dicampakkan sahaja ke mana-mana team yang kekurangan orang. pada mulanya aku team 7, then diowang suwoh masuk team 20 plak. aku pon ikot je la.. selepas dengar taklimat tu, ada 2 round yang telah beradu tenaga. then, sampai gilran aku plak. masa mula-mula pakai mask tu .. ya Allah, hanya tuhan je tahu betapa berdebar dan gementarnya aku. team aku kena stay kat away, tapi boleh plak aku tersilap tempat sebab terlalu nervous aku pergi stay kat home. hahahhaha.. memang kena gelak la masa lalu kat penonton kat luar tu kannnn.. malu.. ~~ >.<


then, masa sampai kat home, kami kena cek dulu pistol, (paint marker) kemudian aku rasa topeng(google) aku agak longgar. masa, brother yang cek aku punya topeng tu betolkan topeng aku, dia tanya, "awat macam letih jek" sebab dia tengok aku beberapa kali macam tercungap-cungap & jantung aku berdegup sangat laju. aku pon jawab la aku takut & nervous. dia balas, " alah, bukan mati pon kena tembak". hehehheh..lawak plak ingat balik. then kitaorang pon mula, kumpulan aku memenangi kedua-dua perlawanan peringkat saringan dan menempatkan diri ke suku akhir. apa yang best kumpulan aku nih, ialah kami semua ni bukanlah dianggotai oleh orang-orang yang hebat-hebat tapi kerana strategi yang ktaorang buat. hehehhe.. aku selalu kena jadi mangsa kena tembakan bertubi-tubi, bagi menyebabkan pasukan lawan kehabisan peluru. so, aku memang kena selalu pergi kat bendera la. hehehhehe :P

apa pon, aku nak maen lagi kalau ada lagi peluang. dan kalau boleh nak sangat tengok tournament painball kat mana-mana pasnih.




pada peringkat suku akhir, team kami kalah lawan dengan team palapes (geng2 askar wtaniah). memang agak mencabar la jugak, tapi sikit je lagi nak menang sebenanrnya, team mereka pon tinggal 3 orang jek tak mati kalu tak silap, tapi tu la, pengalaman yang membezakan kami dan mereka. apa-apa enjoy sangattttttt.. tapi banyak kot lebam-lebam kena kat badan sebab tu suka ni EKSTREM kottttt.. :





U OUT !!!

fruzt betol kalau dengar ayat nih..hehehhe..

Sunday, 18 November 2012

Gaza diserang lagi

Sekarang semua orang tengah bersedih & simpati dengan apa yang sedang berlaku di Gaza Palestin. kalau tengok kat surat khabar, facebook, blog & juga twitter ramai yang melakukan kecaman & kutukan. Malangnya, kita sebagai umat Islam hanya mampu berdoa sahaja dari jauh sahaja tanpa mampu berbuat apa-apa. tapi sebenarnya DOA adalah kekuatan orang Islam. bagi aku, segala penindasan yang berlaku pada umat Islam sekarang ni adalah berpunca daripada umat Islam sendiri. 


inilah senjata orang Islam yang ditakuti Yahudi

Dan yang paling sedih adalah apabila Gaza diserang masa Maal Hijrah seolah-olah mencabar kewibawaan & sengaja mengundang kemarahan umat Islam. bukan itu sahaja, sebaik sahaja Barrack Obama menang dalam pilihanraya, Gaza sekali lagi menjadi mangsa kekejaman mereka. bagi aku, tiada bezanya Obama dengan Bush. nothing different, Bahkan aku rasa, zaman pemerintahan Obama ni lagi terok kekejaman yang dilakukan.. Astarfirullahazim.. betapa beratnya dugaan yang terpaksa dilalui oleh umat-umat Islam di sana. Sebab itulah, aku rasa sangat-snagt bertuah & bersyukur dilahirkan di bumi bertuah Malaysia. Janganlah negara ini digadaikan oleh orang-orang yang mementingkan diri, kuasa, pengaruh & wang semata-mata. 
*hate Pakatan Rakyat terutama PKR..!!







Ganjaran mati syahid

Rasulullah bersabda:

"Bagi orang yang mati syahid ada 6 keistimewaan iaitu:
  1. diampuni dosanya sejak mulai pertama darahnya meluncur keluar
  2. melihat tempatnya didalam surga
  3. dilindungi dari azab kubur
  4. dan terjamin keamanannya dari malapetaka besar
  5. merasakan kemanisan iman, dikahwinkan dengan bidadari,
  6. dan diperkenankan memeberikan syafa’at bagi 70 orang kerabatnya"
(Hadis Riwayat at-Tirmidzi, Ibnu Majah, dan Ahmad)






 Anyway, aku ucap TAHNIAH bagi mereka yang prihatin dengan isu-isu sebegini walaupon kita hidup dalam keadaan aman & makmur serta serba mewah, namun kita masih lagi tidak melupakan nasib-nasib saudara kita yang berperang pada jalan Allah. aku juga kadang-kadang merasa sangat lemah & hina kerana tidak mampu untuk jadi hamba-Nya yang kuat.. :'(




p/s: BANGGA JADI ANAK MALAYSIA.. ALLAHUAKBAR !!!!