Sunday 18 November 2012

Gaza diserang lagi

Sekarang semua orang tengah bersedih & simpati dengan apa yang sedang berlaku di Gaza Palestin. kalau tengok kat surat khabar, facebook, blog & juga twitter ramai yang melakukan kecaman & kutukan. Malangnya, kita sebagai umat Islam hanya mampu berdoa sahaja dari jauh sahaja tanpa mampu berbuat apa-apa. tapi sebenarnya DOA adalah kekuatan orang Islam. bagi aku, segala penindasan yang berlaku pada umat Islam sekarang ni adalah berpunca daripada umat Islam sendiri. 


inilah senjata orang Islam yang ditakuti Yahudi

Dan yang paling sedih adalah apabila Gaza diserang masa Maal Hijrah seolah-olah mencabar kewibawaan & sengaja mengundang kemarahan umat Islam. bukan itu sahaja, sebaik sahaja Barrack Obama menang dalam pilihanraya, Gaza sekali lagi menjadi mangsa kekejaman mereka. bagi aku, tiada bezanya Obama dengan Bush. nothing different, Bahkan aku rasa, zaman pemerintahan Obama ni lagi terok kekejaman yang dilakukan.. Astarfirullahazim.. betapa beratnya dugaan yang terpaksa dilalui oleh umat-umat Islam di sana. Sebab itulah, aku rasa sangat-snagt bertuah & bersyukur dilahirkan di bumi bertuah Malaysia. Janganlah negara ini digadaikan oleh orang-orang yang mementingkan diri, kuasa, pengaruh & wang semata-mata. 
*hate Pakatan Rakyat terutama PKR..!!







Ganjaran mati syahid

Rasulullah bersabda:

"Bagi orang yang mati syahid ada 6 keistimewaan iaitu:
  1. diampuni dosanya sejak mulai pertama darahnya meluncur keluar
  2. melihat tempatnya didalam surga
  3. dilindungi dari azab kubur
  4. dan terjamin keamanannya dari malapetaka besar
  5. merasakan kemanisan iman, dikahwinkan dengan bidadari,
  6. dan diperkenankan memeberikan syafa’at bagi 70 orang kerabatnya"
(Hadis Riwayat at-Tirmidzi, Ibnu Majah, dan Ahmad)






 Anyway, aku ucap TAHNIAH bagi mereka yang prihatin dengan isu-isu sebegini walaupon kita hidup dalam keadaan aman & makmur serta serba mewah, namun kita masih lagi tidak melupakan nasib-nasib saudara kita yang berperang pada jalan Allah. aku juga kadang-kadang merasa sangat lemah & hina kerana tidak mampu untuk jadi hamba-Nya yang kuat.. :'(




p/s: BANGGA JADI ANAK MALAYSIA.. ALLAHUAKBAR !!!!

No comments:

Post a Comment