Friday 16 November 2012

Haram tapi SUCI

hurm,..ntah kenapa arini aku nak update pasal anak luar nikah atau ada juga yang panggil anak haram.
anak luar nikah bermaksud anak yang dilahirkan tanpa sebarang ikatan yang halal @ ijab kabul dilakukan oleh kedua-dua belah pihak.

baru-baru ni kita semua dikejutkan apabila bayi perempuan cukup sifat dicampakkan dari tingkat 3 dari sebuah apartmen 11 tingkat di Desa Mentari di Kuala Lumpur.  selepas itu, kita digemparkan lagi dengan penemuan bayi wanita di dalam sungai di Simpang Empat Kangar Perlis oleh seorang pelajar agama dan seorang sepupu serta teman lelakinya. sedih bukan?! 

sebagai manusia biasa yang memang kita tak boleh lari dari perasaan sedih, geram, dan marah terhadap si perlaku. kita akan tertanya-tanya mengapa mereka tergamak melakukan hal sedemikan. mesti kita pelik, anak kucing pon kita kesian nak buang cmtu, inikan pula manusia @ seorang bayi yang sudah cukup sifat. jadi pelbagai kutukan , kecaman dan juga spekulasi yang kita buat untuk melepaskan amarah kita terhadap si perlaku. yang mana kadang-kadang kita pula menjadi HAKIM tak bertauliah bagi si pelaku.

wahai rakan-rakan yang saya muliakan,
pernah tak kita terfikir, atau bertanya pada ibu kita apakah perasaan kita masa mereka mula-mula melahirkan kita ke dunia ni. sudah tentu bahagia bukan? mereka akan merasakan bahawa kita adalah anugerah terbesar bagi mereka. namun, bagi ibu-ibu yang melahirkan anak luar nikah, tipulah kalau kita cakap mereka tidak ada langsung rasa belas kahsian terhadap baby-baby comel tersebut. kerana mereka juga manusia biasa seperti kita. pernah kita cuba selami hati mereka mengapa mereka TERGAMAK melakukan hal-hal yang sedemikian?? sebenarnya, masa baby comel mereka dilahirkan, hanyalah wajah-wajah mereka sayangi yang terpampang di wajah baby comel tersebut termasuklah wajah lelaki yang tidak bertanggungjawab. mereka akan memikirkan wajah mak abah, adik-beradik, saudara-mara , jiran, serta kawan-kawan mereka. di dalam lubuk hati mereka, beribu persoalan yang mungkin membelenggu diri mereka, apakah bayi ini akan diterima oleh masyarakat?? kat mana mereka nak letak muka mereka? bagaimana mereka mahu hidup? mana lelaki yang dulunya bersumpah setia akan hidup semati dulu? mana lelaki yang telah menbur benih itu? mana?

itu belum lagi kita cakap sola gangguan psikologi dan fisiologi yang dialami oleh ibu-ibu selepas melahirkan bayi. tidak kisahlah samada ibu anak luar nikah @ tidak. sedangkan ibu-ibu yang punya lelaki pon boleh mengalami masalah gila meroyan, inikan pula ibu yang tidak punya sapa-sapa.

bukan itu sahaja, aku kira sudah tiba masanya kerajaan menguatkuasakan undang-undang untuk menghukum si lelaki pula. adalah tidak adil kita menghukum si penabur benih selain penuai. ia juga akan mendidik mereka supaya menjadi manusia yang bertanggungjawab. kerana mereka adalah pemimpin. ingatlah hidup ini umpama roda, kalau hari ini kita buat kat orang, esok lusa akan kena balik kat kita. begitu juga dengan ibu bapa yang punya anak lelaki, janganlah terlalu angkuh membiarkan anak lelaki mereka terus-terusan merosakkan anak dara orang lain. ia seperti kita melakukan kezaliman terhadap saudara kita sendiri. paksalah mereka BERKAHWIN.




http://sozcyili.blogspot.com/2011/09/anak-luar-nikah-boleh-di-bin-dan-di.html

p/s: apa-apa pon yang salah tetap salah..


Firman Allah:
“Sesungguhnya taubat di sisi Allah hanyalah taubat orang-orang yang mengerjakan kejahatan lantaran kebodohan, kemudian mereka bertaubat dengen segera, maka taubat mereka itulah yang diterima oleh Allah dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.”
(An-Nisa’: 17)


Allah berfirman:
“Sesungguhnya Allah menyesatkan siapa yang dia Kehendaki dan memberi petunjuk orang yang bertaubat kepada-Nya.”
(Ar-Ra’d: 27)

pabila seorang bayi perempuan yang cukup sifat dicampak dari tingkat tiga sebuah apartmen 11 tingkat ke kawasan tempat letak kereta Blok 1, Apartmen Desa Mentari

Read more: http://www.enciknakal.com/2012/09/kejam-buang-bayi-dari-tingkat-3-flat.html#ixzz2COZLdk9A
pabila seorang bayi perempuan yang cukup sifat dicampak dari tingkat tiga sebuah apartmen 11 tingkat ke kawasan tempat letak kereta Blok 1, Apartmen Desa Mentari

Read more: http://www.enciknakal.com/2012/09/kejam-buang-bayi-dari-tingkat-3-flat.html#ixzz2COZLdk9A

No comments:

Post a Comment