Sunday 15 January 2012

CARA RINGKAS BUAT TEKS MC/Pengacara Majlis(panduan)

Assalamualalaiikum all my fwenz di luar sana..??huhu. sihat tak hari ni? ndya harap sihat-sihat belaka la yek!! mungkin ada di antara kamu yang tengah tension atau pulun  study tu kannn.. yela, sekarang kan musim exam dan ada jugak rakan-rakan kita yang dah habis exam..ndya doakan semoga berjaya.

wokeh, hari ini ndya nak berkongsi la serba sedikit ilmu yang tidak seberapa ni pada kamu semua. yala, ndya pon kadang-kadang orang call dan mesej tanya bagaimana nak wat teks MC, tanya pantun la, tanya tips la..so,apa salahnya ndya berkongsi dengan kamu semua bagaimana cara atau teks yang agak simple la senang nak buat atau faham.ye dak..??

mungkin ada di antara  kamu semua yang pernah, akan, atau teringin nak jadi Master of Ceremony(MC) or emcee. tambah-tambah lagi sekarang pulak nak dekat cuti semester, mesti akan ada yang terlibat dengan projek, majlis dan sebagainya yang memerlukan orang atau individu untuk menjadi MC. untuk individu yang belum pernah atau tidak tahu bagaimana cara yang baik untuk membuat teks, jom kita tengok dan pelajari okehhhhh!!!^_^

(disebabkan masa cuti sem ni banyak wat baksis, kita buat teks Baksis/ bakti siswa)

 perkara pertama yang kita perlu buat kalau kita diberi tugasan untuk jadi MC ialah mengetahui:
-apa jenis majlis atau program yang dijalankan(nama program)
- senarai nama VIP(kena tahu dengan perinci nama sebenar dan jawatannya dengan tepat dan jelas dan dari sumber yang boleh dipercayai)
- objektif majlis
- tentatif majlis
-tukang bagi ucapan(berapa orang)
-tukang baca doa
-hal ehwal cenderamata (jika ada)

*kalau boleh mintak la paperwork dari pengarah projek atau AJK.. baru senang sikit.. tapi kalau diorang tak boleh nak bagi, tak mengapalah..:)

okeh, tengok yek nadya bagi contoh kalau nak buat TEKS MC MAJLIS FORMAL




Mengumumkan ketibaan
*Yang Berbahagia
Datuk Dr. Ahmad Faiz B Hj Abd Hamid
Timbalan Naib Canselor
Hal Ehwal Pelajar dan Alumni
Universiti Utara Malaysia

 ulang*

Yang Berusaha
Prof. Madya Dr. Mohd Amy Azhar b. Hj. Mohd Harif
Pengarah
Jabatan Hal Ehwal Pelajar

pegawai-pegawai Hal Ehwal Pelajar,
presiden-presiden kelab, serta hadirin dan hadirat yang dirahmati sekalian

"SELAMAT DATANG KE MAJLIS PERASMIAN BAKTI SISWA PERDANA 2012"
 *tekankan sedikit nada suara untuk mempengaruhi hadirin memberi tepukan..^_^


Alhamdulilah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT , kerana dengan limpah dan kurnianya, dapat kita bersama-sama berkumpul bagi menjayakan majlis Perasmian Program Bakti Siswa Perdana bagi tahun 2012. 

-------------------------------------------------------------------------------------------------
(*yang kat bawah ni, adalah objektif dan maklumat serba-sedikit pasal program, kalau ada paperwork, boleh tengok kat paperwork..)

Untuk pengetahuan semua,
program bakti siswa perdana yang saban tahun diadakan ini adalah hasil kerjasama Jabatan Hal Ehwal, Jawatan Kuasa Pembangunan Siswa dan Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Utara Malaysia. program ini diadakan adalah bagi menyahut seruan Kmenterian pelajaran Tinggi Malaysia untuk menyumbangkan bakti kepada masyarakat setempat, mengasah kemahiran insaniah dan juga cakna mengenai hal ehwal semasa.

Bukan itu sahaja, ia juga mampu untuk mengasah kemahiran mahasiswa untuk memimpin, membuat keputusan, pengurusan projek , komunikasi dan kemahiran-kemahiran lain dalam memperlengkapkan diri mahasiswa sebagai melahirkan modal insan yang berjaya.

---------------------------------------------------------------------------------------------
DOA
Baiklah, bagi memberkati majlis kita pada hari ini, dijemput Ustaz Al Fadil Abd Rahman bin Uthman bagi memimpin bacaan doa.
Dipersilakan.

Amin-amin ya rabbal Al-amin. terima kasih diucapkan kepada Ustaz Al Fadil Abd Rahman bin Uthmandi atas pimpinan bacaan doa itu tadi. moga majlis kita pada hari ini diberkati oleh-Nya. insyaAllah..
-------------------------------------------------------------------------------------------------
UCAPAN

seterusnya, dijemput
Yang Berusaha
Prof. Madya Dr. Mohd Amy Azhar b. Hj. Mohd Harif
Pengarah
Jabatan Hal Ehwal Pelajar
Universiti Utara Malaysia
untuk menyampaikan ucapan.
Dipersilakan.

terima kasih diucapkan kepada Prof. Madya Dr. Mohd Amy Azhar b. Hj. Mohd Harif Pengarah Jabatan Hal Ehwal Pelajar Universiti Utara Malaysia di atas penyampaian ucapan sebentar tadi.


 Baiklah, majlis diteruskan dengan  mempersilakan
Yang Berbahagia 
Datuk Dr. Ahmad Faiz B Hj Abd Hamid 
Timbalan Naib Canselor
Hal Ehwal Pelajar dan Alumni 
Universiti Utara Malaysia
untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan majlis perasmian MAJLIS PERASMIAN BAKTI SISWA PERDANA 2012.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.



terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia Datuk Dr. Ahmad Faiz B Hj Abd Hamid Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Universiti Utara Malaysiadi atas ucapan perasmian sebentar tadi.

----------------------------------------------------------------------------------------------
CENDERAMATA/PENYAMPAIAN APA-APALA contohnya sijil, plak dan sebagainya

baiklah, untuk pengetahuan hadirin sekalian, Bakti siswa Perdana 2012 ini akan disertai oleh sebanyak 14 Dewan Penginapan Pelajar Universiti Utara Malaysia. mereka akan berkampung secara serentak pada 21 sehingga 24 Januari 2012 di seluruh tempat yang terpilih di Malaysia.

Bagi meneruskan majlis, dipersilakan
Yang Berusaha
Prof. Madya Dr. Mohd Amy Azhar b. Hj. Mohd Harif
Pengarah
Jabatan Hal Ehwal Pelajar

untuk menjemput dan mengiringi
Yang Berbahagia
Dato Dr. Ahmad Faiz bin Hj Abdul Hamid
Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni
Universiti Utara Malaysia
untuk menyampaikan plak sebagai tanda penyerahan anak angkat  kepada wakil 14 Dewan Penginapan Pelajar Universiti Utara Malaysia.

kita mulakan dengan:
1. DPP YAB
2. DPP BANK MUAMALAT
3. MISC
*(SEBUT LAH SEMUA DPP WOKEY..)
14. MAYBANK

terima kasih diucapkan kepada
Yang Berbahagia
Datuk Dr. Ahmad Faiz B Hj Abd Hamid
Timbalan Naib Canselor
Hal Ehwal Pelajar dan Alumni
Universiti Utara Malaysia
di atas penyampaian plak penyerahan sebentar tadi.
--------------------------------------------------------------------------------------------------
 PENUTUP

Baiklah, dengan berakhirnya penyampaian cenderamata itu tadi, maka berakhirlah sudah majlis MAJLIS PERASMIAN BAKTI SISWA PERDANA 2012. terima kasih dan selamat maju jaya diucapkan kepada semua peserta. 
Dengan ini saya sudahi dengan Wabilahitaufik walhidayah Assalamualaiikum W.B.T dan salam 1 Malaysia.


*Mengumumkan keberangkatan pulang
Yang Berbahagia\
Dato Dr. Ahmad Faiz bin Haji Abdul Hamid
Timbalan Naib Canselor
Hal Ehwal Pelajar dan Alumni
Universiti Utara Malaysia
.

gambar hiasan..:P
masa ni ndya kena jadi MC utk Malam Penghargaan GCB's..^_^



*tidak seratus peratus korang perlu ikut teks di atas. kalau korang mempunyai ayat atau kata-kata yang lebih baik atau sedap didengar, boleh jek buat. ini hanya garis panduan.
*kalau rasa nak tambah pantun pon boleh..
*elakkan guna perkataan "tanpa membuang masa", agak kurang manis..
*sebarang pertanyaan, komen, pandangan atau kritikan, beritahu jek..ndya open sahaja..
meh kita kongsi ramai-ramai yek..:)

23 comments:

  1. Terbaik la kak nadia. It really help for those who have interest in MC.

    ReplyDelete
  2. tma kaseh cherry coz sudi singgah..
    kak ndya hanya kongsi-kongsi ilmu sahaja..^_^

    ReplyDelete
  3. mc glamour ni...nk sign...hik3

    ReplyDelete
  4. azuha:huhu..ramai lg yg hebat syggg oii..
    t ndya sign kat pipi taw..:P

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah, saya sedang mencari teks pengacara majlis... Syukur padaNya, dipertemukan di bolog Nadia. Terima kasih dari saya... Semoga awak tidak jemu berkongsi pada bloger lain... :D Salam pengenalan...

    ReplyDelete
  6. terima kasih diatas perkongsian...=)

    ReplyDelete
  7. Salam.. Best... Mohon share untuk saya berkongsi dengan yang lain2...

    ReplyDelete
  8. Klu acara informal mcm mme ye?

    ReplyDelete
  9. Terbaiklah ndya bidadari.. Terima kasih atas perkongsian ilmu ini.. Muahhh.

    ReplyDelete
  10. Tq sbb mmg berguna untuk saya ni......

    ReplyDelete
  11. Tq sbb mmg berguna untuk saya ni......

    ReplyDelete
  12. Salam nadia
    Saya nk panduan jadi mc untuk majlis ceramah agama di kampung... mean. Separuh formal la kann..
    Tq..

    ReplyDelete
  13. Salam nadia
    Saya nk panduan jadi mc untuk majlis ceramah agama di kampung... mean. Separuh formal la kann..
    Tq..

    ReplyDelete
  14. Sangat membantu bagi saya yg first time kena jadi mc ni. Thanks kak baby pink huhu

    ReplyDelete
  15. alhamdulilah.. minggu depan dah start intern. Blog ni membantu saya sedikit sebanyak dalam memperlengkapkan persedian saya. Terima kasih

    ReplyDelete
  16. assalam syukur ade text nadya ni thanks dapat juga saya rujukan.

    ReplyDelete
  17. tq yer kongsi ilmu yang sangat hebat..tengah praktis..hihi..halal yer ilmu

    ReplyDelete
  18. thank you very much for your sharing..sangat membantu!

    ReplyDelete
  19. terbaiklah saudari..jd panduan utk sy

    ReplyDelete
  20. terima kasih daun keladi akk Ndya😊❤️
    best sangat isi dan penerangan🤩

    ReplyDelete